Home Kehidupan “Kalau Lambat Tunggu Laa,Bayaq Pun Seringgit Ja”- Pergi Klinik Kerajaan Tp Komplen...

“Kalau Lambat Tunggu Laa,Bayaq Pun Seringgit Ja”- Pergi Klinik Kerajaan Tp Komplen Lmbt

233
0

“Kalau lambat tunggu laa,bayaq pun seringgit jaaa aduhhh !”

Umum mengetahui bahawa servis di klinik kerajaan pastinya mengambil masa yang agak lama berbanding dengan servis di klinik swasta. Sebab itulah harga servis di klinik swasta lebih mahal berbanding dengan harga servis di klinik kerajaan di mana harga cas hanya RM 1 sahaja jika datang ke klinik kerajaan.

Baru-baru ini seorang pengguna tiktok iaitu @huzaifah telah memuat naik satu video di mana dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pesakit yang merungut apabila pesakit tersebut mengatakan servis di klinik tersebut lambat. Katanya, pesakit itu merungut mengatakan pekerja di situ buat kerja lambat. Hal tersebut membuatkan pemilik akaun tersebut berasa panas hati dengan kenyataan tersebut. Tambahnya lagi, pesakit tersebut cuba membandingkan pengalaman dia ketika mendapatkan rawatan di Sunway Medical Hospital di mana servis di situ laju.

“Apa benda hang ni, hang pergi compare Sunway Medical Hospital dengan klinik kerajaan..Ya Allah Ya Tuhanku, kalai hang banyak sangat duit pergilah klinik sana toksah mai klinik yang orang susah-susah mai ni…”

“sy sokong kakkkk Nii. p klinik gov tunggu 2-3 jam. byr RM 1. p hospital swasta pun tungu 1-2 jam byr ratus”

Begitulah antara luahan hati pengguna akaun tiktok tersebut.

Sembang gajah pun leh terbang.. kemarin pi sunway tanya harga saja tu. Tu yg hari nie mai klinik kejaan lak sebab tu ja level² dia”

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa reaksi netizen :

@Kak Pia : Pernah dengar si pembayar cukai cakap dia bayar cukai tapi kena tunggu lama

@obito : aku besa ja tunggu dari pukui 2 sampai klinik nk tutup 5 steady ja pasai phm ramaii

@Heriyati Aming : betul sangat.nak murah tp cepat tp tak nak tunggu lama

@Beylanaa : haah. betul.. harga ubat saya 3k utk 3 bulan. tp kt kerajaan byr rm1 je.

@Okutrg : Standard la tu.. Ak pegi lpas subuh.. Kul 1030 settle.. Rilek2 je

@mingg934 : Bayar seringgit, tunggu dua jam bagi kami dah dikira okay.

Baca juga : Meraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu

Baca juga : “Management MSU ni b*doh…” – Pelajar MSU mengamuk dikenakan bayaran tambahan sehingga tidak boleh ‘grad’

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleNafkah bulanan Fatin Afeefa cecah 5 angka, Sekali ini respon suaminya
Next article“Rasuah Tak Jalan Tuuu” -Bila Anak Ikut Ayah Pergi Beli Barang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here