Home Hiburan “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi G4dai” – Minta Pelajar Beli Laptop,...

“Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi G4dai” – Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dik3cam Teruk Kononnya H1na Golongan B40

196
0

Tidak sampai sejam dimuat naik di Twitter, video seorang profesor yang didakwa mengh1na pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 menjadi tular hingga ditonton lebih 40,000 kali.

Menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.

Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.

“Bapak kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapak tak kerja? kau tak ada adik-beradik?

“Ko cakap dengan kakak kau, kalau ada gelang emas pergi jual gelang emas pergi beli komputer.

“Sebab tu kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau tak ada komputer. Hanya RM800 saja beli komputer, apa masalah kau,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, profesor berkenaan turut menyatakan dia tidak boleh duduk dengan golongan B40.

“Sebab itu aku tak boleh duduk dengan B40, dia lebih memikirkan fasal lain daripada pelajaran,” katanya.

Kenyataan tersebut sekali gus mencetuskan kemarahan netizen yang kebanyakan bengang dengan tindakan ‘angkvh’ tersebut.

Malah, ada yang bertindak dr4stik apabila menyelongkar posting lama profesor berkenaan di Facebook.

Pun begitu, tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa pelajar tersebut masih tidak mempunyai komputer sedangkan dia sudah memasuki semester kelima.

Dalam pada itu, individu yang memuat naik video berkenaan turut meluahkan rasa kec3wa apabila terasa terh1na dengan kata-kata profesor tersebut.

“Kami semua masih rasa terh1na dan terkesan dengan kata-kata dia, korang nilailah sendiri,” katanya.

Sumber: Gempak

Previous article“Makan & minum guna tiub..”- Perlu Bantuan Kewangan, Ini Keadaan Terkini Ali XPDC
Next article“Alhamdulillah Rumah Pertama Di Hadapan KL Tower,” – Aisar Khaled
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here