Home Hiburan “Makan & minum guna tiub..”- Perlu Bantuan Kewangan, Ini Keadaan Terkini Ali...

“Makan & minum guna tiub..”- Perlu Bantuan Kewangan, Ini Keadaan Terkini Ali XPDC

212
0

Isteri kepada vokalis kumpulan, XPDC, Ali, Sharifah Azwana Syed Joned amat mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan lampin pakai buang buat suaminya yang ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Azwana memaklumkan inisiatif tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh sahabat suaminya, Fuad yang memanjangkan perkara tersebut di Facebook.

340CC9DA 1077 42E7 A075 D8EE205C6584

Katanya lagi, Ali ketika ini sememangnya bergantung harap kepada lampin pakai buang dan susu buat masa ini.

“Dia (Fuad) ada tanya saya nak perlukan apa-apa tak. Saya kata buat masa ini lampin pakai buang dan susu. Cara dia cakap macam nak hantar, tapi dia tak dapat. Jadi dia bagi duit saja.

“Niat Fuad baik dan dia pun nak bantu. Sebab sekarang ini memang perlukan bantuan kewangan nak beli lampin pakai buang dan susu. Sekarang ini abang Ali gunakan sehari satu beg lampin. Semalam  pun ada dapat sumbangan dari Melaka berupa lampin pakai buang. Dia cakap tengok di Facebook.

“Jadi, kalau ada yang bagi duit boleh beli susu dan lampin pakai buang. Selain itu dapat juga tampung kos perjalanan ulang alik dari rumah kami di Klang. Saya minta anak-anak belikan keperluan berkenaan. Sebab saya memang di hos.pital saja menjaga abang Ali,” katanya seperti yang dipetik.

58C0ABED 64FF 4A6E B47D 9DB03B519CA4

Dalam pada itu, Sharifah Azwana turut memaklumkan keadaan kesihatan Ali kini telah pun menunjukkan tanda-tanda p.sit.if dan kini sedang giat men.jal.ani proses fisio.terapi.

“Alhamdulillah, abang Ali semakin pulih dan bertambah baik. Dia sudah dimasukkan ke hos.pital di sini sejak Rabu lalu. Pada Khamis dan Jumaat pula sudah mula buat fisio.terapi. Baru dua hari sudah nampak perubahan. Dia sudah boleh jalan beberapa tapak walaupun menggunakan tongkat.

“Cuma masih tak boleh bercakap dengan lancar lagi. Makan dan minum susu pun menggunakan tiub sebab tekak dia masih sakit nak telan.

“Berdasarkan apa yang diberitahu oleh doktor, insya-Allah abang Ali akan cepat sembuh. Semangat dia kuat. Doktor jangka akan berada di hospital selama tiga minggu. Tapi kalau semakin baik boleh keluar awal,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Ali telah dimasukkan ke Hos.pi.tal Ampang dan terpaksa ditidurkan selepas men.gal..ami .gangu.an penafasan.

7BB4E90C 6252 4D90 8E34 2FA6B70D56FA

In.siden tersebut difahamkan berlaku ketika Ali seledai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Latihan tersebut sebenarnya sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang sepatutnya akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro, MH

Previous article“Hero kita masih bersembunyi, tapi bila dah kuar pasti gempak”- Nyayian Santai Hafiz Suip Jadi Tumpuan
Next article“Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi G4dai” – Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dik3cam Teruk Kononnya H1na Golongan B40
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here