Home Hiburan “Juri main-main ini, markah tak kira pun,” – Gara-Gara Hal Ini Erra...

“Juri main-main ini, markah tak kira pun,” – Gara-Gara Hal Ini Erra Fazira Mula Buka Mulut!

412
0

Pelakon Erra Fazira mempertahankan peng.libatan juri bukan ‘prof.esional’ dalam mana-mana pertandingan ber.bentuk hiburan atau realiti.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wani Wan Chek, 48, memaklumkan,. juri bukan profesional mewakili suara audiens dan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam penjurian.

“Kadang-kadang, stesen televisyen mahukan dua orang juri profesional misalnya untuk pertandingan nyanyian. Yang tahu bab muzik dan segalanya.

“Satu atau seorang lagi yang mewakili suara orang ramai. Ada banyak kri.teria yang mereka (penyiar) tetapkan. Mereka berlaku adil untuk pertama sekali, kualiti. Seperkara lagi, apa orang mahukan (elemen komersial).

WhatsApp Image 2022 02 19 at 1.10.25 PM

“Dalam satu pertandingan, kalau semua juri serius sahaja, atmosfera (pertandingan) akan jadi sangat ‘stiff’ (te.gang). Dan, tidak ada elemen komersial,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar aktres yang disebut sebagai Primadona Filem Melayu itu lagi, dalam mengadili sesuatu pertandingan realiti, memang perlu ada elemen hiburan.

“Dalam pada memberi penjurian, perlu ada lawak dan ringannya. Bagi saya, tidak menjadi masalah soal budaya penjurian menggunakan khidmat juri bukan ‘profesional’.

“Pun begitu, yang lebih ditekankan dari sudut markah adalah daripada juri yang serius atau profesional.

“Yang (juri) macam main-main ini, kadang-kadang markah mereka tak kira pun,” katanya.

erra 1 478x500 1

Sementara itu, Erra yang sudah hampir tiga dekad mewarnai industri hiburan tanah air memberi peringatan bahawa menjadi penghibur bukan sekadar tentang kualiti bakat semata-mata.

“Dari segi bakat pula, kalau hanya ada bakat sahaja, tapi tak tahu bagaimana nak jual diri dan macam mana nak meletakkan kedudukan apa semua, itu pun masalah juga.

“Jadi perlu ada keseimbangan dari segi bakat dan nilai komersial,” jelas Erra.

Sejak akhir-akhir ini, industri seni tanah air dilazimkan dengan penglibatan sama ada juri bukan profesional yang disifatkan tidak layak berada di posisi juri dan peserta tiada bakat seni demi urusan melariskan ‘rating’ stesen televisyen.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous article“Alif gelak pun encem..” (Video) Confident Je Bella Salah Sebut Bukit ‘Jabal Mafa’ Jadi Perhatian!
Next article“Baby dlam perut mesti…” (Video) Telatah Tokti terhadap Ernie Zakri,- ‘Kecik2 dah jumpa Tokti, ko rasa’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here