Luluh hati seorang isteri setelah mengetahui suaminya dalam diam menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Kisah gelap dalam rumah tangganya itu bermula apabila dia memuat naik hebahan di aplikasi Facebook bagi mencari suaminya yang tidak dapat dikesan dalam tempoh 24 jam.
Namun lain yang dicari, lain pula yang dijumpai. Pelayar bernama Fika ini mendapat tahu bahawa suaminya lari bersama seorang gadis, didakwa menaiki penerbangan dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur.
Menurut Fika yang sudah mendirikan rumah tangga selama lebih 13 tahun, ini merupakan kali kelima suaminya curang.
“Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Saya 24 jam cari awak. Tak tidur dan tidak makan kerana risaukan awak”
“Rupanya awak lari dengan perempuan lain pergi Kuala Lumpur bawa duit semua, satu sen pun tak tinggalkan untuk isterimu ini”
Lihat juga video dibawah:
Selain melarikan kesemua wang hasil titik peluh Fika, suaminya yang menganggur ini juga bertindak menjual kereta miliknya.
“Sampai awak jual kereta isterimu. Duit keringat isterimu selama ini semata-mata belikan awak kereta. Awak buat saya begini”
Menurut Fika, selama ini dia bekerja keras mencari wang dari pagi ke malam untuk membantu suaminya yang menganggur.
“Ini apa awak buat dengan saya, Ya Allah.. Selama ini kenangan pahit dan manis kita lalui bersama. Saya tahan bersama awak tapi begini awak buat dengan saya”
“Empat kalu awak curang dengan saya. Saya masih terima awak sebagai suamiku lagi. Apa lagi kurangnya saya sama awak wahai suamiku. Sakit awak letak semua ni dekat saya”
Terkilan dengan apa yang dilakukan si suami, Fika meluahkan bahawa dia bersedia untuk menamatkan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Fika juga mengatakan, suaminya baru tiga bulan mengenali wanita tersebut berbanding rumah tangga mereka yang telah dibina selama 13 tahun.
“Kalau ya pun awak tak mahu saya ke apa, jumpa saya elok-elok bincang secara baik bukan tergantung tak bertali macam ni”
“Suka hati awaklah janji lepaskan saya, ceraikan saya. Itu sahaja yang saya minta, suamiku. Awak tipu saya bulat-bulat selama ini”
“Awak lari bawa semua duit. Awak berhutang keliling pinggang dengan orang tanpa pengetahuan saya. Jual nama isteri cakap saya yang nak pinjam duit rupa-rupanya awak berfoya-foya dengan perempuan lain”
Perkongsian Fika mengundang sebak netizen apabila ramai bersimpati dengan nasib dirinya yang dianiaya oleh suami sendiri.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat