Home Viral Jocelyn Chia Bakal Adakan Persembahan Di Malaysia, Sekali Rakan Senegara Dedah Sesuatu...

Jocelyn Chia Bakal Adakan Persembahan Di Malaysia, Sekali Rakan Senegara Dedah Sesuatu Mengenai Beliau

227
0

Jocelyn Chia merupakan seorang pelawak daripada Singapura, pernah ditular kerana menghina Malaysia menerusi lawak jenaka dalam sebuah persembahan komedi berdiri baru-baru ini.

Sketsa yang dilakukan oleh beliau dan beberapa penghinaan terhadap negara Malaysia apabila beberapa kali membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan yang dimiliki antara kedua-dua negara terbabit.

Screenshot 2023 06 24 235601

Jocelyn Chia kini tular lagi, di mana beliau dikatakan bakal mengadakan persembahan ‘Jelajah Minta Maaf’ di Live House Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini. Beliau juga akan menyertai rakan senegaranya iaitu Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat untuk membuat persembahan tersebut.

Sebaik sahaja poster mengenai jelajah itu disiarkan di media sosial, warganet mula membantaj secara terbuka dan akaun Instagram Chrissie juga ‘diserang’.

Baca lagi: Aleya Jumpa Khuzairi Dalam Drama ‘Andai Itu Takdirnya’, Episod Terakhir Jadi Tanda Tanya Penonton

Baca lagi: Minta Izin Nak Pegang Anak, Rupanya Kisah Pakcik Makcik Ini Buat Ramai Yang Sebak

Screenshot 2023 06 24 232810

“Terima kasih kepada semua perhatian Jocelyn Chia dan saya dapat daripada rakyat Malaysia”

“Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan mewat Malaysia. Tiket boleh didapati sekarang”

Netizen turut memberi komen mengenai persembahan Jocelyn Chia yang bakal diadakan di Malaysia, meminta pihak atasan untuk menolak dan tidak membenarkan pelawak ini masuk ke negara Malaysia atas hinaan yang dilemparkan olehnya. Ada juga yang memberi kata-kata kesat dan komen yang negatif kepada beliau.

Lihat apa juga kata orang ramai:

Murshida: Bagi je masuk,Tp pastikan dia dah xkeluar

Lieya Yahya: sape penganjur??elok banned semua yg berkaitan untuk program lawak bodoh ni

Meor Kamaruddin: Haramkan masuk Malaysia. Buat program tu kat negara lain

Eli Yanti: Senang je kan? Patut tak payah jejak.kaki kat Malaysia la. Memalukan!

Faris Munir: aduhh…kalau bagi masuk x tau la nak ckp apa…punah…kena injak mcm apa je kita ni..

Warrahmah: Datang sini…lps tu balik Singapore buat fitnah pasal Malaysia.’Make sure when she come to Malaysia…she’ll never return to Singapore’.

Akmal Rosely: Biarlah. Nanti negara kerugian bilyun ringgit macam MP muar cakap

Rosli Hussin: Minta maaf la dekat show yg sama, penonton yg sama, masa yg ssma, hari yang sama, pakai baju yg sama,

Aerna Els: Knp xharamkan kemasukan dia ..mana pegi maruah malaysia

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SinarHarian

Previous articlePeragut Gagal Larikan Diri, Sekali Reaksi Rider FoodPanda Pula Jadi Perhatian Netizen
Next articleInspektor Sheila Mengaku Tidak Bersalah, Sekali Respon Yang Diberi Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here