Pelakon baru, Amirul Asyhwad mend3dahkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai penj4ra dan khidmatnya telah pun tamat hujung 2020 lalu.
Kini, Amirul atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Asywad Ahmad Nizan, 25, memilih untuk terus fokus dalam dunia lakonan memandangkan profesion sebelumnya ini adalah sebagai memenuhi permintaan kedua orang tua.
“Jujurnya, kerjaya sebagai penjawat awam dijawat demi memenuhi kehendak orang tua saya.
“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diam4nahkan.
“Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan, lantas mengejar impian menjadi pelakon,” katanya.
Kemunculannya menerusi drama Budak Tebing 2 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini turut menjadi pemangkin buatnya untuk terus mengejar cita-cita.
Meski ia hanya watak sampingan, namun perkara tersebut setidak-tidaknya memberi impak selain tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
“Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero,” katanya lagi.
Amirul kini bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG Talent di bawah seliaan penerbit terkenal, David Teo.
Foto: Instagram Amirul Asyhwad ,MH