Home Isu Semasa Jenazah Nur Farah Kartini kebumi di Pekan, Pahang – Abang

Jenazah Nur Farah Kartini kebumi di Pekan, Pahang – Abang

108
0

Jenazah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah akan dituntut hari ini selepas semua prosedur selesai.

Bagaimanapun, Mohd Fariza tidak memperincikan waktu pengebumian akan dilaksanakan dan lokasi tanah perkuburan yang ditetapkan.

Beberapa pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, seawal jam 7 pagi tadi.

Sehingga jam 8.30 pagi, tiada ahli keluarga mahupun rakan Nur Farah dilihat berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Harian Metro melaporkan semalam bahawa graduan UPSI yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira jam 6 petang kelmarin, dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan bahawa suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim, dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSudah Hilang Selama 18 Hari Polis Mohon Orang Ramai Bantu Mencari Fiffy Arnatasya
Next articleIbu Kecewa Tangan Anak ‘Mengecut’, Dakwa Nurse Balut Terlalu Ketat 34 jam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here