Home Hiburan Jebat Mengadu Tangan ‘Rosak’, Gelagat Si Kecil Ini Undang Tawa Ramai!, “Drama...

Jebat Mengadu Tangan ‘Rosak’, Gelagat Si Kecil Ini Undang Tawa Ramai!, “Drama Betul Anak Mamu”

221
0

Gelagat anak kepada pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad dikenali sebagai Jebat Jayden ini sering sahaja mencuit hati ramai. Anak kecil ini memiliki personaliti agak menarik dan juga kelakar orangnya. Tidak dibuat-buat dan semua perbuatannya nampak ikhlas sangat.

Malah telatah Jebat Jayden juga sering dimuat naik rakamannya menerusi media sosial. Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Jebat Jayden datang kepada neneknya mengadu tentang tangannya telah mencuri perhatian warganet.

Keadaan tangan Jayden yang ditunjukkan

Dalam rakaman tersebut kedengaran Jebat yang membahasakan dirinya baby mengadu tangannya ‘rosak’. Ingatkan apalah yang jadi, rupa-rupanya tangan Jebat ‘kecut’ kerana terlalu lama berendam dalam air. Bukan sekadar mengadu, anak lelaki ini sempat merengek kerisauan melihatkan keadaan tangannya itu.

Berikut adalah perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ yang dimuat naik menerusi akaun TikTok noorkartini66:

Aduhai Jebat, Jebat! Risau betul dia dengan keadaan tangan dia tu. Apa-apa pun perkongsian rakaman Jebat mengadu tangan ‘rosak’ ini telah meraih lebih dua juta tontonan dan 237 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha tak tahu lah nak gelak ke nak kesian. Drama betullah anak mamu ni”

Tangan Jebat rosak 4

“Hahaha gaya memek muka dengan suara tu sebijik ayahnya”

Tangan Jebat rosak 3

“Lapor dengan baba lah..Nanti baba ganti”

Tangan Jebat rosak 2

“Tu la mandi lama sangat..Kan dah rosak tangan tu”

Tangan Jebat rosak 1

Sumber: HCL

Previous article[VIDEO]“Tersedu-Sedu Dia”-Rakaman Pembaca Berita Menahan Sebak Tular
Next article“Lagu Joey rupanya..” (Video) Netizen Trkejut Dpat Tahu Ini Lagu Joey Nyanyi Satu Ketika Dlu Tular
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here