Populariti bukan lagi keutamaan dan perkara yang dikejar, sebaliknya pelakon berpengalaman, Josiah Hogan, 35, lebih mementingkan nilai
bayaran sejak 12 tahun bergelar anak seni.
Nyata, pelakon kelahiran Kingsville, Texas, Amerika Syarikat itu tidak kisah sekiranya wajahnya jarang menghiasi slot perdana di kaca televisyen (TV), asalkan tawaran kerja tidak pernah putus.
Malah, Josiah atau nama sebenarnya, Josiah Padilla Hogan berbesar hati apabila masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah hingga saat ini.
Namun, Josiah tidak menafikan, wajahnya lebih banyak muncul dalam drama terbitan RTM hingga disangka lagi tidak aktif dalam dunia lakonan.
Josiah memilih Nurul Hidayu sebagai suri hatinya yang merupakan seorang jururawat. Jika dilihat di laman Instagramnya, beliau jarang berkongsi gambar-gambar keluarganya. Kebanyakannya lebih mengenai hal lakonan dan pekerjaannya.
Menyentuh kehidupan peribadi, Josiah yang memiliki satu cahaya mata lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 2 hingga 16 tahun mendedahkannya, tidak suka terlalu berkongsi foto anak-anaknya dalam laman Instagram.
Katanya, dia berbuat demikian bagi menjaga keselamatan anak-anak, lebih lagi, tiga cahaya matanya perempuan. Justeru, ia bagi mengelakkan mereka menjadi m4ngsa pedofilia.
“Saya jarang berkongsi gambar anak-anak dalam media sosial. Ini kerana saya tidak mahu gambar mereka diambil oleh pedofilia dan diletakkan pada laman web yang tidak sepatutnya seperti dihadapi seorang rakan artis, tidak lama dulu.
“Saya akui memang t4kut dan sangat berhati-hati dalam perkara ini. Sebab itu, saya hanya memuat naik gambar mereka sekali sekala sahaja,” katanya.
Pada 2016, Josiah pernah mendedhkan impiannya melebarkan sayap lakonan ke Amerika Syarikat tidak menjadi kenyataan apabila ditipu sebuah syarikat penerbitan Hollywood.
Sekadar info, dia telah mendirikin rumahtangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama tidak dapat bertahan lama dan dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, dia telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan Noor Hidayah Nordin pada 25 Mei 2013 telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : ig Josiah Hogan