Home Viral “Jangan Percaya Sesiapa, Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies

“Jangan Percaya Sesiapa, Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies

130
0
created by photogrid

Pelakon kontroversi, Ruhainies melalui satu perkongsian di Instagram memperkenalkan drama terbarunya dengan aktor Aliff Aziz iaitu Terjerat.

Ruhainies menyatakan bahawa drama Terjerat yang akan disiarkan pada 26 Jun di platform iqiyi adalah skrip yang intens dengan pengungkapan emosi yang mendalam.

Beliau berkata, penceritaannya mengandungi makna yang sangat mendalam dan menggambarkan peristiwa terkini dengan jelas.

“Sebuah naskhah berat dan penuh emosi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sebuah penceritaan yang pada saya membawa maksud yang sangat dalam dan tidak pasti suratan atau kebetulan, storyline nya seakan menggambarkan apa yang telah berlaku baru baru ini…”

Pelakon Nur Ruhainies Farehah menyimpulkan bahawa tidak seharusnya terlalu bergantung kepada sesiapa dan tidak sepatutnya menghakimi dengan terlalu cepat.

“Hidup ni penuh dengan “plot twist”. Bukan semua yang dipaparkan adalah benar. Hanya Allah yang mengetahui. Everything we hear is an opinion, not a fact. Everything we see is a perspective, not the truth…”

Pada beberapa bulan yang lalu, kehebohan melanda apabila pelakon drama Terjerat, Aliff dan Ruhainies ditahan atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Wartawan Lejenn..” – Karam Singh Walia Kini Sudah Uzur, Penyakit Hati Dan Buah Pinggang
Next articleGanjaran Akan Diberikan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Kes Rasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here