ENGGAN nama baik terjejas, pelakon Fasha Sandha sentiasa berp.esankan kepada adiknya, Elisya Sandha agar menjaga disiplin di lokasi penggambaran.
Selain itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, si.kap merendah diri dan berkongsi rezeki dengan kru produksi perlu diambil be.rat agar disenangi ramai.
Selain itu, Fasha turut berpe.san kepada Elisya agar sentiasa meren.dah diri dan berkongsi rezeki dengan kru penggambaran.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terl.ambat, dia akan memberi ke.san kepada nama saya.
“Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat menden.gar kata. Saya juga selalu berpe.san kepadanya supaya jangan berla.gak diva.
“Ada rezeki lebih belan.ja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” kata Fasha kepada mStar
Isteri kepada aktor Aidil Aziz ini sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menepati masa dan disenangi orang dalam industri.
16 tahun dalam industri, pelakon drama Khilaf Asmara ini sentiasa memastikan dirinya mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah le.wat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya
Sumber: mykmu