Siapa sang.ka foto Putera Abdul Mateen yang lengkap berseragam sempena menyambut Hari Kemerdekaan Brunei yang ke-38 baru-baru ini menjadi perhatian ramai di media sosial.
Jam Tangan Ringkas Jadi Perhatian
Apa yang mencuri perhatian umum dan lensa media adalah, jam tangan jenama Jaegar LeCoultre yang dipakai oleh putera diraja Brunei ini.
Jam tangan yang di lihat ringkas itu sebenarnya adalah dari jenama jam tangan mewah terkemuka dunia, dan merupakan jenama pilihan ramai golongan kera.bat diraja, bangsa.wan dan elit di seantero dunia kerana kualiti, perincian teliti dan kesempurnaan pada jam yang dihasilkan.
Menerusi carian Murai my, jam tangan yang dipakai Putera Mateen ini merupakan koleksi Reverso Tribute Monoface Small Seconds yang bernilai €8400 atau RM39K
Netizen Beri Pelbagai Respon Menarik
Pengguna media sosial yang melihat jam yang dipakai putera kacak ini mengundang pelbagai komen dan reaksi yang menarik serta mencuit hati di Instagram.
“Alhamdulillah syukur”
“Alhamdulillah… Saya mampu tengok jer”
“Sangat bagus”
“Apapun yang di pakai Putera Mateen pasti jadi sorotan media masa, kalau enggak mahal-mahal bukan anak sultan dong” komen mereka
Apa pandangan anda?
Sumber: Muraimy