Home Hiburan Jam Tangan Putera Mateen Ketika Menghadiri Hari Kemerdekaan Brunei Jadi Tumpuan, Harganya...

Jam Tangan Putera Mateen Ketika Menghadiri Hari Kemerdekaan Brunei Jadi Tumpuan, Harganya Boleh Tahan

133
0

Siapa sang.ka foto Putera Abdul Mateen yang lengkap berseragam sempena menyambut Hari Kemerdekaan Brunei yang ke-38 baru-baru ini menjadi perhatian ramai di media sosial.

Jam Tangan Ringkas Jadi Perhatian

Apa yang mencuri perhatian umum dan lensa media adalah, jam tangan jenama Jaegar LeCoultre yang dipakai oleh putera diraja Brunei ini.

Jam tangan yang di lihat ringkas itu sebenarnya adalah dari jenama jam tangan mewah terkemuka dunia, dan merupakan jenama pilihan ramai golongan kera.bat diraja, bangsa.wan dan elit di seantero dunia kerana kualiti, perincian teliti dan kesempurnaan pada jam yang dihasilkan.

collage1 34
Foto – Instagram @tmski / @bruneiroyalfamily

Menerusi carian Murai my, jam tangan yang dipakai Putera Mateen ini merupakan koleksi Reverso Tribute Monoface Small Seconds yang bernilai €8400 atau RM39K

Netizen Beri Pelbagai Respon Menarik

Pengguna media sosial yang melihat jam yang dipakai putera kacak ini mengundang pelbagai komen dan reaksi yang menarik serta mencuit hati di Instagram.

collage3 27
Foto – Instagram @bruneiroyalfamily

“Alhamdulillah syukur”

“Alhamdulillah… Saya mampu tengok jer”

“Sangat bagus”

“Apapun yang di pakai Putera Mateen pasti jadi sorotan media masa, kalau enggak mahal-mahal bukan anak sultan dong” komen mereka

Apa pandangan anda?

Sumber: Muraimy

Previous article“Hahaha ee comel je dua2..” (Video) Telatah Kamal Adli & Uqasha Senrose Dirakam Cuit Hati Netizen
Next article“Auto sebak..” (video) Pertama kali nyanyi Kesetiaan, Shuib Sepahtu viral. Skali ini yg netizen prasan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here