Home Hiburan “Isteri terima tawaran, tpi..” Dikatakan Mirip Nora Danish. Sekali Kata2 Suami Jdi...

“Isteri terima tawaran, tpi..” Dikatakan Mirip Nora Danish. Sekali Kata2 Suami Jdi Bualan Netizen

231
0

Nama isteri penyanyi Mohd Mentor menjadi perhatian warga netizen, baru-baru ini.

Kejelitaan wajah isteri Mohd, Nurul Asyiqin Zaidi, 28, yang dikatakan mirip pelakon, Nora Danish mula diperkatakan.

Tanpa berselindung, juara program realiti, Mentor musim keempat itu mengakui, isterinya pernah menerima tawaran berlakon daripada syarikat produksi.

“Isteri terima tawaran menghadiri uji bakat. Bagaimanapun, isteri tidak berminat untuk terjun dalam bidang lakonan.

“Tambahan pula, saya tidak berapa menggalakkan. Saya bimbang tiada masa untuk keluarga dan menguruskan anak.

“Takkan nak biarkan pengasuh menjaga anak,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi lanjut, protege kepada Ziana Zain dalam program realiti, Mentor itu berkata, dia dan isterinya pernah didekati wakil pihak produksi yang mahu menyunting isterinya sebagai pelakon.

“Ketika kami menjamu selera di sebuah premis kawasan pejabat, ada individu menyapa dan bertanya sama ada isteri minat berlakon.

“Namun, perbualan berakhir begitu sahaja,” kata Mohd.

Ditanya andai isteri menerima tempias perhatian warga netizen, Mohd tetap memberi keizinan untuk isterinya terus aktif sebagai pempengaruh media sosial.

Mohd kini mengusahakan restoran, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak. - NSTP/Aswadi Alias
Mohd kini mengusahakan restoran, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak. – NSTP/Aswadi Alias

Malah, katanya, isterinya turut mempunyai ramai pengikut dalam aplikasi TikTok.

“Isteri bekerja di sebuah syarikat swasta. Kalau tular membabitkan perkara yang baik-baik, saya okay sahaja.

“Soal cemburu letak ketepi, ini semua rezeki, kita pun tak tahu. Mana tahu isteri boleh menjana pendapatan sampingan dengan melakukan ulasan berbayar,” katanya.

Mohd menegaskan, dia terbuka dengan aktiviti isteri dalam media sosial.

“Saya jarang berkongsi gambar isteri dalam media sosial. Lagipun, laman sosial saya tidak ramai pengikut.

“Isteri ada akaun sendiri, jadi, biarlah dia aktif sebagai pempengaruh media sosial. Cuma, saya tidak mahu isteri bekerja secara berlebihan dalam industri seni,” katanya yang kini mengusahakan restoran, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak.

iwiwiwi

Mohd mendirikan rumah tangga Nurul Asyiqin pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Izz Rafael Mohd Izwan yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, Mohd atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan survival termasuk menjadi pemandu e-hailing. Kini, Mohd rancak pula menjual nasi lemak.

“Bagi saya, tarikan nasi lemak adalah sambalnya. Saya sendiri suka dan ia menjadi menu utama yang disediakan bersama nasi kukus. Pada masa sama, saya menyediakan lauk-pauk lain seperti kambing dan ayam panggang.

“Kiranya, sajian tradisional diadunkan bersama hidangan moden. Saya mengusahakan perniagaan ini bersama rakan kongsi yang juga komposer, Iswandi Atan.

“Alhamdulillah, kami sudah ada dua cawangan. Yang pertama dibuka di Bemban, Melaka sejak 2016 dan sambutan diterima amat menggalakkan.

“Jadi, kami merancang membuka cawangan kedua di Setapak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan sehingga situasi COVID-19 reda,” katanya.

KOMEN NETIZEN:

diufsuifre kewkef wwqe

qwqwd

Sumber: BH

Previous articleGara-Gara Hal Ini PU Syed Tegvr Sharifah Sakinah. Sekali Sharifah S0und Balik Lagi Padu!
Next article“Suara Comel, Yakin..” (Video) Topeng Burung H4ntu Jadi Bualan Ramai, Skali Nma Ni Netizen Petik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here