Nordiana Arshad yang berusia 38 tahun, sering merungut apabila suaminya iaitu Mohd Khairul Ibrahim kerap keluar memancing sebanyak 39 kali dan jarang berada di rumah. Namun rungutan beliau sudah reda malah si ister sudah mampu tersenyum berkongsikan kejayaan suaminya yang meraih hadiah bernilai RM30,000 dalam pertandingan Memancing Sempena Hari Belia di Tasik Taman Rekreasi Durian Daun, Melaka.
Baca lagi: “Memang sempoi habis…” – Bakat memancing Agong dan Permaisuri dipuji
Baca lagi: “Gaya mcm pro…”- Anak Shuib memancing pula dipuji ramai, serba boleh
Dalam pertandingan tersebut, suaminya telah berjaya memancing ikan keli yang seberat 5.23 kilogram pada jam 9:25 pagi dan sekaligus membolehkan Mohd Khairul Ibrahim memenangi hadiah utama.
Isterinya juga pernah berkata:
“Kadang-kadang saya marah juga suami selalu keluar memancing tetapi apakan daya, sudah minat dia begitu dan hari ini minat suami terbayar dengan kemenangan”
Dalam pertandingan itu juga disertai sebanyak 800 orang peserta, di mana Mohd Khairul Ibrahim memenangi hadiah utama yang bernilai RM30,000 ,manakala tempat kedua dimenangi oleh Syamsul Ahmad dengan wang hadiah sebanyak RM5,000 , dan tempat ketiga dimenangi oleh Md Rafizi Senin dengan wang tunai RM3,000.
Beliau juga mengatakan tidak sangka ikan yang dipancing olehnya seberat 5.23 kilogram. Beliau turut mengatakan ini adalah kali pertama beliau memenangi pertandingan memancing di Melaka, meskipun pernah menyertai banyak pertandingan sebelum ini beliau hanya mendapat hamperdan cabutan bertuah.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA GEMPAK