Home Viral “Inilah Lelaki Idaman Perempuan, Lelaki Paling Limited Edition…” – Beto Kusyairy Buat...

“Inilah Lelaki Idaman Perempuan, Lelaki Paling Limited Edition…” – Beto Kusyairy Buat Ramai Kagum

347
0

Aktor serba boleh, Beto Kusyairy dan isterinya Tisha Shahar baru-baru ini merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.

Melalui perkongsian di TikTok, Beto, atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, bersama isteri terlihat sedang bersiar-siar di sekitar kawasan laut sambil menunggang motosikal. Yang paling menarik perhatian ialah kapsyen video tersebut yang telah mencuri perhatian ramai.

“16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulang tahun tarikh pernikahan kami…” – Beto

“Happy Anniversary sayang..saya tahu ianya sukar untuk awak apabila kehilangan kembar awak 19 tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun pertama awak kehilangan cinta pertama. Satu perkara yang pasti, saya akan sentiasa di sisi awak dengan kasih sayang, menjaga awak and of course as your sunshine…” – Katanya

Pada masa yang sama, pelakon filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” ini juga menyatakan keinginannya untuk memiliki sebuah rumah di kawasan laut bersama isteri selepas bersara nanti.

Mengikut reaksi dalam ruangan komen, kebanyakan warganet menggambarkan isteri aktor itu sebagai wanita yang bernasib baik kerana mempunyai suami yang setia dan penyayang. Pada masa yang sama, warganet juga mengirimkan doa agar perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.

Lihat klip video di bawah:

@beto_kusyairy16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun tarikh pernikahan kami. Happy Anniversary sayang.. I know it’s hard for you. You lost your twin sister 19 years ago & now it’s your first year of loosing your first love. One thing for sure, I will always be by your side with love, care & of course as your sunshine.. 🌞♥️ Ps: Video ni diambil berberapa hari lepas sewaktu jetty tour di Pulau Tuba..sesambil recce tanah tepi laut untuk kami settle down & bersara. Ada orang lokal yang nak jual murah2 tak? Yang penting mengadap laut & pulau2 kecik, tenang & tak sibuk. Tak salah berangan kan?

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dulu Saya Nakal, Saya Pernah Bawak Rm15K Pergi Sekolah..” – Naqiu Kongsi Pengalaman Zaman Top Tahun 2002
Next articleDendeng Nyet Khairul Aming Sold Out Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here