Home Viral “Ini Yg Saya Rindu, Saya Jadi Orang Biasa…” -Peminat Sebak, Dato’ Siti...

“Ini Yg Saya Rindu, Saya Jadi Orang Biasa…” -Peminat Sebak, Dato’ Siti Luah Rindu Tanah Suci Mekah Walaupun Terpaksa Berjauhan Dgn Anak

245
0

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilahirkan pada 11 Januari tahun 1979, berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan Malaysia. Memulakan kerjayanya di industri muzik pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April tahun 1995 yang lalu. Dimana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records. Single sulungnya, ‘jerat Percintaan’ telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos tahun 2006. Beliau mempunyai dua cahaya mata Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Dato’ Siti membuat secara langsung di akaun instagram nya yang beliau berada di tanah suci kerana rindu dengan suasana Mekah. Beliau juga mengatakan suaminya tahu yang beliau rindu akan tanah suci dan mengizinkannya ke sana tanpa anak-anak dan suaminya. Dato’ Siti meluahkan isi hatinya sambil berasa sebak mengingatkan anak-anak dan suami di Malaysia. Beliau juga percaya Allah akan menjaga anak-anaknya sewaktu beliau tiada disisi.

Video klip ini membuatkan orang ramai sebak melihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau mula mengalirkan air mata. Netizen turut mendoakan semoga dipermudahkan urusan Dato’ Siti ketika beliau disana.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Dato’ Siti membuat perkongsian dan menyiarkan satu video klip di akaun Instagram nya, ketika beliau berjumpa anak-anak nya sebelum berangkat ke tanah suci Mekah. Reaksi Aafiyah buat ramai yang sebak, melihatnya yang tidak mahu berpisah dengan ibunya.

Lihat klip durasi pendek reaksi Aafiyah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Nik Rohana587:semoga dipermudahkan urusan amiin

@Noraini Julia:doakan utk saya juga tokti utk melangkah lagi ke sana ya , rindu dah ni

@Nor:kita semua milik Allah kn .semoga di permudah kn urusan di sana ya .doa kn sya jugk dpt kesana aamiin aamiin

@Roza Rina430:sayubdengar tok ti ckp macam tu…semoga dipermudahkan urusan..

@Azimah Azi238:Saya pon sebak hati tokti, semoga Allah mudahkan urusan tokti dimekah

@Min Haziq373:allah telah pilih tok ti …
sebab allah tahu tok ti layak ..ke sana..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mendoakan perjalanan Dato’ Siti selamat dan dipermudahkan urusan. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 185.1K penonton, 15.0K sukaan dan 523 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous article“Lambat Sgt Awak Ni..”-Iman Troye Patahkan Hati Peminat, Kongsi Video Dgn Teman Lelaki
Next article“Comel Sangat Zara Zya Gebus Gebas Gitu…” -Ramai Terhibur Dengan Telatah Zara Zya, Dlm Drama Honeymoon
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here