“CARA dia yang pandai melayan Haddad membuatkan saya jatuh hati”
Demikian kata Halimatus Saadiah Mustajap ketika bercerita mengenai lelaki pilihan yang baharu menjadi tunangannya, Muhamad Sharis Mohamad, baru-baru ini.
Muhamad Sharis merupakan rakan baik kepada suami Halimatus Saadiah iaitu Allahyarham Ibnor Hakim Mohd Sharif yang men1nggal dunia akib4t kemalangan jalan raya pada Januari tahun lalu.
Kisah keakraban Muhamad Sharis dengan anak lelaki Halimatus Saadiah, Ibnor Al Haddad Ibnor Hakim yang berusia setahun setengah pernah menjadi tular dan mendapat liputan mStar sebelum ini.
Berkongsi cerita, wanita berusia 26 tahun ini berkata dia sama sekali tidak menyangka akhirnya dipertemukan jodoh dengan rakan baik kepada arw4h suami yang bersahabat sejak di bangku sekolah lagi.
View this post on Instagram
“Bukan mudah pada mulanya saya nak terima lelaki lain. Selepas arw4h suami men1nggal dunia, saya tak terfikir ke arah perkahwinan pun. Ramai yang cakap saya perlu cari pengganti kerana masih muda lagi. Tapi memang tak terbuka hati lagi.
“Masa saya bawa Haddad jumpa Muhamad Sharis baru-baru ini sebab dia teringin nak jumpa anak saya, ketika itu tak ada perasaan apa pun terhadapnya.
Gambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
“Sebenarnya selepas arw4ah meninggal, dia ada menghulurkan salam perkenalan tapi saya tak terbuka hati lagi. Saya kata kalau dia sanggup tunggu, tunggulah saya.
“Dia lebihkan anak, bukan ibunya. Dari Haddad bayi lagi, dia jaga keperluan Haddad. Semakin lama bila tengok dia sentiasa lebihkan Haddad, dari situ saya terbuka hati,” ujar wanita yang menetap di Hulu Bernam, Tanjung Malim di Perak ini.
Keakraban anak Haddad dengan Muhamad Sharis membuka pintu hati Halimatus Saadiah.
Malah tambah Halimatus Saadiah, anak tunggalnya juga nampak sangat selesa apabila bersama Muhamad Sharis ibarat bermanja dengan bapa sendiri.
“Muhamad Sharis seorang bapa tvnggal kepada dua anak… jadi sebab itulah dia pandai melayan anak kecil sehingga anak saya pun selesa dengannya,” ceritanya.
Mengikat tali pertunangan pada 20 November lalu, wanita ini berkata dia sama sekali tidak pernah menyangka bakal bertemu jodoh dengan rakan baik kepada arwah suami.
Saya berdoa moga Muhamad Sharis dapat menerima kami berdua sampai bila-bila.
HALIMATUS SAADIAH MUSTAJAP
“Tak sangka berjodoh dengan dia. Sebelum terima Muhamad Sharis, saya pernah berkawan dengan lelaki bujang namun tidak lama… tidak semua boleh terima wanita yang ada anak.
“Saya berdoa moga Muhamad Sharis dapat menerima kami berdua sampai bila-bila,” ujarnya yang berkecimpung dalam bisnes menjual pakaian secara online.
Arw4h suami Halimatus Saadiah meninggal dunia ketika usia kandungannya memasuki 26 minggu.
Tidak menyangka perkongsian video majlis pertunangannya meraih sehingga melebihi satu juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok, wanita ini melu4hkan rasa bersyukur dan terharu kerana ramai netizen yang mendoakan kebahagiaannya.
“Terharu sangat-sangat… sampai tahap ini mereka mendoakan saya. Mungkin selepas video pertemuan Haddad dan Muhamad Sharis viral, ramai yang ikuti kisah kami. Terima kasih banyak-banyak kepada semua,” katanya lagi.
Sumber:mStar