Home Hiburan Haqiem Tak Izin Isteri Bergelar Penyanyi

Haqiem Tak Izin Isteri Bergelar Penyanyi

207
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haqiem Rusli, 23, mended4hkan syarikat rakaman, FMC Music mahu mengambil isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, untuk dijadikan penyanyi.

Bagaimanapun, Haqiem berkata, dia tidak bersetuju, sebaliknya berpendapat biarlah dirinya seorang sahaja berkecimpung dalam dunia muzik.

“Sofea boleh menyanyi, suaranya sedap seperti penyanyi Indonesia yang mempunyai ‘tone’ suara yang baik.

“Namun, biarlah saya seorang sahaja bergelar anak seni, lagipun, saya mahu isteri fokus pada perniagaan kami, SanThai Village sebab mahu buka francais kedua dan seterusnya.

“Lagipun, Sofea tidak biasa dengan dunia hiburan, jadi biarlah dia fokus dengan perniagaan. Kalau nak cakap soal cemvuru, sebagai suaminya tentulah saya cembvru, sebab itulah lumrah. Tetapi, cembvru saya tidaklah keterlaluan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah selesa Sofea mendapat perhatian ramai, Haqiem berkata, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah.

“Buat masa ini, saya gembira apabila Sofea mendapat perhatian. Bukan mahu berbangga pengikutnya dalam laman sosial naik, namun, saya gembira apabila sesuatu perkara boleh membuatkan isteri gembira.

“Seperti anda juga gembira apabila jumlah pengikut naik. Namun, saya tidak menafikan Sofea malu dan gementar berhadapan dengan wartawan, tetapi saya banyak memberikan nasihat.

“Kini, Sofea sedang belajar menerima perhatian dari orang ramai,” katanya.

Haqiem yang mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu mengakui, kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran Sofea.

Haqiem akui, Sofea boleh menyanyi, malah, tona suaranya sedap seperti penyanyi Indonesia, namun, biarlah dirinya sahaja berkecimpung dalam dunia muzik. - Foto IG Wan Anis Sofea

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu berkata, hidupnya kini lebih terisi dengan kehadiran isteri yang sentiasa di sisi.

“Saya seronok dan bahagia sebab ini adalah fasa baharu dalam hidup saya. Sekarang, saya ada seseorang yang boleh membimbing selama 24 jam. Maksudnya, Sofea boleh menegur jika saya melakukan kesilapan dan sebagainya.

“Sebelum ini, ibu bapa menegur, tetapi ada isteri agak berbeza. Saya akui perjalanan baru ini seronok kerana apa sahaja urusan Sofea, saya perlu ada, begitu juga sebaliknya.

“Dalam pada itu, kami masih mencari keserasian dan mematangkan hubungan agar tiada benda yang tidak baik terjadi. Doa yang terbaik buat kami,” katanya.

Haqiem berkata, keseronokan bergelar suami secara tidak langsung menepis sangkaan orang ramai bahawa berkahwin muda mengehadkan pelbagai perkara.

Malah, pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi ini juga tidak merasakan kahwin pada usia ini mampu membuatkan popularitinya merudum.

“Berkahwin muda adalah urusan Allah. Kalau bercakap soal populariti, semuanya berbalik pada rezeki, nak kata populariti merudum selepas berkahwin, itu semua juga urusan Allah.

“Allah memberikan rezeki, jadi saya akur dengan ketentuan-Nya. Jadi, saya tidak terkesan dengan isu kahwin muda boleh membuatkan populariti merudum.

“Di sebalik itu, saya tetap akan berusaha untuk kekal relevan. Insya-Allah, saya akan menghasilkan karya berkualiti kerana sebagai penyanyi, perlu mempunyai karya berkualiti untuk terus mengekalkan kejayaan,” katanya.

Haqiem turut menyokong rakan lain berkahwin pada usia muda sekiranya situasi mengizinkan.

“Tak perlu dengar mulut orang mengatakan habislah segala-galanya jika berkahwin muda.

“Sekiranya habis sekalipun, itu sudah pun ditulis. Janji sebagai manusia, kita buat perkara wajib dan gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/

Previous articlePernah Dibuang Dari Senario, Yassin Dedah Sesuatu Yg Ramai Tak Tahu
Next article“Sukanya Tgok Dorang Ni..” (Video) Gara2 Hal Ini Netizen Jodohkan Intan Najuwa Dgan Idris Khan!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here