Beberapa penduduk Taman Chenderong Jaya di Batu Gajah, yang terpaksa berpindah kerana risiko tanah runtuh, berkata mereka mendengar pergerakan tanah dari bukit berhampiran sebelum diarah berpindah.
Seorang warga emas, Latifa Ahmad, 66, berkata, kejadian seumpama itu kali pertama berlaku selepas empat tahun menetap di kawasan itu, sambil menambah bimbang akan keselamatan penduduk.
Baca juga : Sedih ! Wanita Sempat Lahirkan Bayinya Sebelum Maut Tersepit Ketika Gempa Bumi Di Syria
Baca juga : Burung Kencang Berkicauan, Anjing Melolong Beri Amaran Petanda Sebelum Gempa Bumi Di Turkiye
“Sebelum ini, terdapat insiden kecil dan pihak berkuasa telah memasang tembok penahan.
“Kejadian terbaharu pula agak teruk kerana pergerakan datang dari atas,” katanya di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang di sini.
Jirannya, Kamarullah Ramli, 39, yang menetap di kawasan itu lebih 10 tahun berkata, kawasan perumahan itu sering dilanda banjir kilat, namun ini kali pertama berdepan risiko tanah runtuh.
“Saya sedang bekerja apabila dimaklumkan oleh jiran mengenai risiko tanah runtuh ini semalam.
“Kawasan ini terdedah kepada banjir kilat. Saya rasa risiko tanah runtuh juga berpunca daripada hujan lebat yang tidak henti-henti malam tadi,” katanya.
Ketiga-tiga mereka adalah antara 28 penduduk daripada enam keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan, yang dibuka pada 10.40 malam semalam.
Sumber : New Straits Times