alau sebelum ini selebriti Neelofa mengusap janggut PU Riz ketika majlis pernikahan mereka, kali ini gelagat romantik penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pula mencuri perhatian ramai orang.
Sweet belai janggut
Menerusi sebuah video di TikTok @hellokiutttt, Heliza dan Mahadi tampil sedondon memakai busana berwarna biru ketika majlis resepsi yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, Subang, pada Sabtu (22 Januari).
Apa yang menarik perhatian apabila Heliza dilihat mengusap janggut suaminya beberapa kali. Heliza yang dipeluk erat oleh suami sempat bergurau senda sambil melayan tetamu yang hadir.
Mahadi kelihatan ‘sporting’ dan tidak lekang senyuman di bibirnya melayan telatah isteri tercinta.
Selain itu, tasbih digital yang dipakai di jari telunjuk pelajar Akademi Fantasia musim kelima juga menjadi fokus wargamaya.
Semoga sampai ke syurga
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Heliza dan Mahadi.
Malah, ada pengikut yang menjadikan perbuatan ini amalan dalam rumah tangganya. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, isteri diharuskan merebut peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut dia dari dagu sampai ke hujung.
Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.
Sumber: TikTok @hellokiutttt via OHBULAN!
Foto: Instagram @aqoimran