Norreen Iman Beli Kereta Mewah, Netizen Seb4k – “Dari Zaman Takda Apa Sampailah Berjaya Macam Sekarang”

Personaliti media sosial dan pelakon Norreen Iman meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Toyota Alphard untuk kegunaan seisi keluarga.

Menurut Norreen, dengan anak yang semakin membesar, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menukar daripada Proton X70 kepada kereta mewah ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Norreen sempat berkongsi foto terbaru kereta mewahnya yang baru tiba untuk tatapan umum.

“Bila anak kau membesar dengan cepat sangat dan you need something bigger than before.

“Alhamdulillah. From naik motor berempat, pakai kereta sewa for two years, then managed to have X70, makin sempit pulak then lets have this one,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian itu lagi, Norreen dilihat cukup teruja melompat di hadapan kereta yang masih berbalut riben merah.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat personaliti media sosial ini yang berjaya memiliki kereta idamannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)


Tidak kurang juga ada yang sebak melihat kejayaan Norreen yang bermula daripada membuat video-video kelakar di media sosialnya.

“Alhamdulillah, tahniah,” ujar Shah Iskandar.

“Suka nampak lejayaan Norreen. Say follow dari dulu sampailah jadi selebriti. Sangat berusaha punya orang, congrats,” puji seorang wargamaya.

“So happy for you, why aku pulak yang sebak ni. Coz i follow you dah lama. Bila tengok kau berjaya macam ni, ini Noreen yang kita mahukan,” luah seorang wargamaya.

“Suka tengok akak dari zaman takde apa-apa sampai dah berjaya macam sekarang, tahniah kak,” ujar seorang wargamaya.

“Okay nanti dah lalu Semenyih hon hon keta kak Noreen ni,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 67,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*