Home Hiburan Gelagat Oyen Pandai Berdiri Buat Ramai ‘Geram’, “Comelnya Dia…”

Gelagat Oyen Pandai Berdiri Buat Ramai ‘Geram’, “Comelnya Dia…”

110
0

Biasanya bila bercakap tentang si oyen atau kucing berwarna oren, pastinya pelbagai cerita tentang kenakalan mereka yang lebih banyak dikongsikan. Namun lain pula halnya dengan si oyen ini yang membuatkan netizen ‘cair’ dengan kecomelannya yang pandai berdiri seperti manusia.

Video tersebut juga kini tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut memuji kecomelan si oyen ini yang mampu berdiri dalam masa yang lama dan sangat jarang dilihat pada kucing.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya itu yang mencuri tumpuan ramai baru-baru ini. Turut dapat dilihat, seekor kucing berwarna oren yang sangat comel dan dibawa ke mana-mana sahaja mengikut pemiliknya.

Lebih melucukan, si oyen ini juga mampu berdiri dengan sendiri mengalahkan seorang manusia biasa. Malah dia juga turut dilihat berdiri dalam masa yang lama semasa dirakamkan.

oyen berdiri

Tidak cukup dengan itu, kucing itu kemudian dilihat berdiri di hadapan cermin sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Sehinggakan netizen turut sama berasa hairan dan terkejut melihat bagaimana kucing itu mampu berdiri seperti itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geram’ melihat kecomelan si oyen ini ditambah pula dengan skill berdirinya itu. Ada juga netizen yang tertanya-tanya macam mana pemiliknya mengajarkan kucing itu berdiri seperti ini.

“Amboi pandai berdiri eh dia.”

kucing

“Macam mana dia boleh berdiri…”

oyen

“Eh asal dia tengok cermin weh sambil berdiri.”

komen

“Comelnya dia berdiri.”

tik tok

Sumber: HCL

Previous article“Saya Rasa Macam JLo Sebelah Saya”-Fasha Sandha Tak Selesa Warna Rambut, Lain Pula Dengan Aidil Aziz
Next articleSuami Tolong Isteri Gosokkan Tudung, Lepas Tu Suami Larikan Diri Rupanya Ini Yang Berlaku
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here