Home Hiburan “Saya Rasa Macam JLo Sebelah Saya”-Fasha Sandha Tak Selesa Warna Rambut, Lain...

“Saya Rasa Macam JLo Sebelah Saya”-Fasha Sandha Tak Selesa Warna Rambut, Lain Pula Dengan Aidil Aziz

131
0

Pelakon popular, Fasha Sandha akui tidak selesa menggayakan gaya rambut terbarunya yang pendek dan berwarna perang.

Menurut Fasha yang tidak gemar mewarnakan rambut, dia berbuat demikian hanya untuk memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama tempatan.

“Saya potong rambut untuk menjayakan watak dalam sebuah drama, sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut yang berwarna macam ini.

“Tapi disebabkan karakter lakonan, saya buat juga, ini pun arahan dari sutradara untuk potong dan warnakan rambut bagi menampakkan kelainan.

“Saya tak kisah sebenarnya kalau rambut pendek, saya pun pernah berambut pendek dahulu tapi cuma sebab warna saja, ini pertama kali dalam hidup saya lunturkan (bleach) rambut, mula-mula memang tak boleh terima dan m4lu nak keluar rumah.

“Alhamdulillah, penggambaran drama dah nak habis, sebaik sahaja habis saya akan warnakan hitam semula, saya memang tak biasa dengan warna macam ini,” katanya.

Sementara suami Fasha, pelakon Aidil Aziz pula menyukai imej terbaru isterinya itu.

“Saya rasa macam Jennifer Lopez (JLo) ada di sebelah saya, saya pun kena faham, saya pun seorang pelakon, Fasha buat pun sebab tuntutan karakter.

“Saya faham dia tak selesa, tapi sudah jadi amanah untuk berlakon, saya okay saja, dia tetap cantik, macam saya cakap, bukan senang nak tengok JLo ada di sebelah,” selorohnya.

Fasha dan Aidil ditemui di sidang media pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas tentang pencalonan dalam kategori Pelakon Meletop (bagi telefilem Sihir Pemisah) dan Couple Meletop untuk anugerah berkenaan, Fasha akui terkejut dan tidak menyangka dapat membolosi senarai Top 5.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut, untuk masuk ke Top 20 pun saya dah terkejut.

“Pada mulanya saya membayangkan hanya lepas di Top 20 memandangkan nama-nama lain pun kuat dan sedang popular sekarang.

“Tapi bila nampak dapat masuk Top 5, Alhamdulillah saya bersyukur kerana ini adalah pilihan Astro, saya pun terus hubungi Osman Ali ucapkan terima kasih kerana memilih saya berlakon dalam Sihir Pemisah walaupun ketika itu saya sangat berisi lepas bersalin,” katanya lagi.

Bertemakan ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’, AME2021 akan diacarakan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

AME2021 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, 30 Januari 2022 di Astro Ria (104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka.

Kepada anda yang ingin mengundi, undian fasa kedua boleh dibuat menerusi tiga platform utama iaitu www.anugerahmeletopera.com.my, www.era.je , aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 14 Disember 2021, jam 6.00 petang hingga 30 Januari 2022.

sumber: Gempak

Previous article“Hello, Aku Bukannya Nak Makan Sangat Pun B*bi Tu” – Terjamah Sandwich…, Skali Norreen Beng4ng Org Tanya Sedap Ke Tak
Next articleGelagat Oyen Pandai Berdiri Buat Ramai ‘Geram’, “Comelnya Dia…”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here