Seorang wanita terkejut apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh anak lelakinya yang berusia 2 tahun. Kanak-Kanak itu telah membuat pesanan makanan sebanyak 31 burger, gara-gara ibunya tidak ‘lock’ telifon bimbit nya telah mendapat perhatian ramai.
Wanita ini dikenali sebagai Kelsey Golden menceritakan kerenah anak lelakinya yang membuat pesanan makanan sebanyak 31 burger ketika beliau sibuk bekerja di rumah menggunakan laptop miliknya tanpa menyedari anak kecilnya. Anaknya yang berusia 2 tahun diberi nama sebagai Barret telah mengambil telifon bimbit ibunya tanpa diketahui.
Baca lagi: Para Ibu Pening Kepala, Lihat Seorg Kanak-Kanak ‘Mandi Telur’
Baca lagi: “Takda Pun Org Beli, Kesian Dia…” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Yg Mencuit Hati
Sudah pasti anaknya bermain telifon bimbit Kelsey Golden tanpa sengaja dan telah membuka aplikasi DoorDash dan membuat pesanan 31 burger McDonald’s. Kelsey mengatakan anak kecilnya sememangnya tidak mengetahui apa yang dilakukan dan menurut beliau anaknya hanya sukakan ciri kamera pada telifon bimbitnya dan tidak pernah membuka aplikasi lain.
Kelsey Golden mengatakan:
“Dia mula menekan skrin telifon bimbit dan menghayunkannya seperti roller coaster”
Pada mulanya, Kelsey menyangka penghantar makanan itu tersalah alamat rumah, kemudiannya baru menyedari apa yang dilakukan oleh anaknya. Beliau bingung bagaimana ingin menghabiskan 31 burger tersebut kerana tiada seorang pun dalam keluarganya yang suka makan burger keju, malah Garret pula hanya makan separuh daripada satu burger itu. Kelsey membuat keputusan dan menyiarkan di lama komuniti tempat tinggalnya jika ada orang yang mahukan burger tersebut dan memberi mereka secara percuma.
Jumlah kesemua burger tersebut sebanyak Rm270.27 (AS$61) dan anaknya, Barret juga turut memberi tip sebanyak Rm70.22 (AS$16) dalam pesanan yang dilakukannya. Jumlah kesemuanya sebanyak Rm402 persamaan AS$91.70.
Kisah Kalsey dan Garret telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian pihak McDonald’s yang kemudiannya memberi T’ shirt dan 31 kupon burger keju percuma kepada mereka, yang berkemungkinan besar akan disedekahkan oleh mereka kepada orang ramai.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA