Home Viral “Boleh Pula Axia Buat 360 Kat Situ”- Rakaman Dashcam Tarik Perhatian

“Boleh Pula Axia Buat 360 Kat Situ”- Rakaman Dashcam Tarik Perhatian

228
0

Kebiasaannya apabila masalah yang berkaitan dengan jalan raya pastinya kenderaan yang terlibat adalah kenderaan Myvi. Namun berbeza pula dengan kali ini apabila rakaman dashcam menangkap aksi kenderaan jenis Axia di jalan raya.

Menerusi sebuah video klip yang tular sejak semalam di akaun tiktok @Info Dashcam mendapati kenderaan jenis Axia telah membuat pusingan 360 di atas jalan raya. Berdasarkan komen dari warganet, kejadian tersebut berlaku di Perling.

Lihat video klip di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Dapat dilihat dalam video tersebut, kenderaan Axia tersebut telah membuat pusingan 360 darjah. Berdasarkan komen ada yang berpendapat bahawa pemandu kereta tersebut hilang kawalan sehinggakan terjadinya aksi tersebut.

Lihat juga apa kata warganet :

@Anysz : Dari lua nampak pergh gempak, member kt dlm dah mengucap

@MrDoFUnk : mesti dia ingat dia bawa Mitsubishi Evo lupa dia tengah bawa kereta bini dia axia

@KeliSedih : axia terlampau ringan n mudah lost control kalau bwak laju..nak slamat masuk rim 15

@Ismat | XR Developer : Okay tak nak dah sport car. Nak axia

@user5461474445608 : aku pernah kena mcm ni..time exit higway nak masuk tol..alhamdulillah x rempuh divider jalan..2 kali terpusing..aku juz pegang stering tekan brek je..

Rata-rata komen memberikan pandangan masing-masing berkaitan dengan kejadian tersebut. Dalam ruangan komen tersebut ada juga menyatakan bahawa pemandu Axia pada ketika itu adalah seorang perempuan. Diharapkan pemandu tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Baca juga : Celebrate Birthday ‘Mamak Favourite’ Sebelum Balik Kampung – Netizen Tersentuh

Baca juga : “King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleMeraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu
Next articleGara-Gara Tak ‘Lock’ Phone, Kanak-Kanak Berumur 2 Tahun Order 31 Burger

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here