Pelakon Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dibawa ke Hos.pital Sungai Buloh selepas kedua-dua mereka di.sah.kan po.si.tif C.O.V.I.D-19.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) Melodi, rata-rata peminat meluahkan rasa bim.bang mereka kepada Intan Ladyana yang dik.habar.kan sedang hamil anak sulung.
Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan k.esem.buhan dan kem.bali pulih.
(Gambar Hiasan Pe.sa.kit C.o.v.i.d)
Tinjauan Gempak di laman sosial IG Intan dan Harris mendapati, kedua-dua mereka belum memuat naik sebarang posting ataupun info mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu.
Sementara itu, Gempak cuba mendapatkan Intan dan Harris untuk mengetahui perkembangan terkini mereka, namun pasangan suami isteri terbabit gagal dihubungi.
Apa pun, Gempak doakan semoga Intan dan Harris tidak mengalami gejala serius dan dipermudahkan segala urusan.
View this post on Instagram
Sumber: Gempak