Sudah 23 tahun mendirikan rumah tangga, pernah bercerai selama kira-kira 12 tahun dan kemudian rujuk kembali, nampaknya peluang yang diberikan oleh pengasas produk kecantikan, Fenny Frans kepada suaminya sekali lagi disia-siakan.
Sebelum ini, wanita tersebut telah berkongsikan kesedihannya apabila Atox Daeng didapati mempunyai hubungan dengan salah seorang pembantu rumahnya selama 2 tahun kebelakangan ini.
Sebagai seorang usahawan terkenal dengan empayar perniagaan berskala besar, dia sentiasa memastikan suaminya akan berada di sisi di mana sahaja dia berada. Namun, siapa sangka, kegiatan terlarang antara Atox dan pembantu rumah tersebut sebenarnya berlaku di dalam rumah mereka sendiri dan baru diketahui sekarang.
Terbaru, Fenny mendedahkan fakta mengejutkan bahawa Atox sebenarnya telah curang terhadapnya dengan tiga orang pembantu rumah mereka. Perkara tidak bermoral ini begitu mudah sekali berlaku kerana rumahnya yang sangat besar dan mempunyai pelbagai ruangan yang tersembunyi.
Ketika Fenny sibuk bekerja di pejabatnya, itulah waktu mereka mencuri peluang untuk memuaskan nafsu masing-masing.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.