Home Hiburan “Fazura Tk Bising Ke?”- Aksi Lakonan Melampau Fattah Amin Dikaitkan Dgn Isu...

“Fazura Tk Bising Ke?”- Aksi Lakonan Melampau Fattah Amin Dikaitkan Dgn Isu Zul Ariffin, Tayang di Bulan Puasa

626
0

Menerusi satu klip yang memaparkan satu adegan yang menjadi bualan mulut orang ramai di sebuah drama yang dimainkan di televisyen baru baru ini iaitu ‘Khilaf Asmara’ dengan lakonan mantap dari Fattah Amin dan Fasha Sandha. Lakonan mereka yang mantap membuatkan ramai yang mengatakan bahawa mereka telah melakukan babak yang terlalu melampau ketika di bulan yang mulia. Aksi di bilik tidur tersebut menjadi ‘panas’ apabila pelakon pelakon tersebut sudah pun mempunyai isteri dan anak di kehidupan realiti dan ini menambahkan lagi kehangatan apabila ramai peminat tidak bersetuju dengan tayangan tersebut.

Difahamkan drama ‘Khilaf Asmara’ yang memaparkan babak yang tidak disenangi ramai di episod 4 menjadi perhatian netizen apabila drama tersebut mengisahkan tentang suami yang sudah pun bernikah tetapi masih curang dengan isteri dan curang bersama kakak kepada isteri di drama tersebut. Lagi menghangatkan, mereka telah melakukan aksi yang menimbulkan kemarahan netizen dan memberi pelbagai impak kepada semua kerana itu sudah dikatakan begitu melampau. Aksi tersebut ditayangkan di bulan ramdhan dan ramai yang mengatakan bahawa pihak produksi dan pelakon itu sendiri tidak menghormati bulan tersebut. Aksi di bilik tidur juga membuatkan para peminat tidak bersetuju untuk terus dipertontonkan kerana pelakon tersebut sudah pun memliki rumahtangga sendiri dan risau akan menconteng arang pada keluarga pelakon tersebut.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@bidadari:knp lah tayang cerita2 yg ada scene dalam bilik gini di bulan puasa. sedih

@Muhammad hazwan:dua2 islam..dua2 dah kahwin..innalillah

@Nia Rania:fattah lama da tak blakon, kluar2 je watak camni….oh no…

@tasha1412:bini lawa muda nk jugak kak ipaq yg dah memeri…

@Nurul Suhadah Aris:Skg mmg trend cite2 cmni ea

@Ernie:ingat dah banned lakonan zul ariffin hari tu dah tak de cite2 mcm ni…boleh plak cite mcm ni disiarkan bulan puasa?

@sueee:tak , kenapa fazura izinkan dia lakonkan ni

@nrsfa:sebelum ambik job ni tkthu jln cite ke?hmmm ambik jugak sbb payment tinggi.Masalahnya dua2 dh kawin ad ank2

@mintos:Wahh lakonan fattah makin bagus.

@jodoh awak:ingatkan cerita zul ariffin tak ditayangkan boleh tenang, lah cerita ni pun meghisaukan

@Noor Azfaa Effa:dulu² zaman kite kanak² mak mak / ayah X bg tgk cite² omputih,takut ade scene² camni..tp zaman now..kite nk tgk drama melayu pn seram

@MazzLiena:dosaaa sedapp ajee.. cuba kalau dh kawin.. laki tu Comfirmm cari dosa lg.. pompuan pun cari dosa lg..

Para peminat ramai yang mengingkan penjelasan dari ahli keluarga pelakon seperti Fazura sendiri. Fazura pernah ditemu bual baru baru ini mengenai lakonan suami beliau. Beliau hanya menyatakan bahawa beliau percaya dengan suami beliau yang hanya bekerja untuk mereka dan aksi aksi tersebut telah dipersetujui oleh mereka berdua selagi tidak melebihi batas. Beliau menyatakan lagi bahawa ketika suami beliau keluar untuk bekerja, beliau tidak akan peduli akan kerja dan lakonan yang dilakonkan suai beliau dan ketika suami beliau pulang, itu lah suami yang disayangi oleh beliau.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram..

Previous article“Berani ke Bangangg ni..”- Aksi Nabila Huda Meluncur Benak Di Sarawak Dapat Perhatian Netizen
Next article“Kepala Botaakkk Betul..”- Aliff Aziz Sangka Anak Mengamuk Rupanya Bantu Mummy Berniaga
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here