Home Hiburan Duit sam4n wartawan boleh beli rumah… Shila Amzah menyesal dan mohon maaf

Duit sam4n wartawan boleh beli rumah… Shila Amzah menyesal dan mohon maaf

200
0

ANDAI boleh diundurkan waktu, penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak akan meneruskan sam4n terhadap sekumpulan wartawan pada tahun 2015.

Menurut Shila atau nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah, dia menyesal kerana membazirkan masa serta wang ringgit untuk sesuatu hal yang boleh diselesaikan secara berhemah tanpa perlu melibatkan mahk4mah.

Kata Shila, 32, apa yang berlaku bukanlah atas kerelaan kerana ketika itu hidupnya dikawal oleh kedua ibu bapanya.

“Sejujurnya saya dapat kebebasan buat apa saya nak dalam tiga tahun kebelakangan ini… apa berlaku sebelum ini saya boleh kata bukan keputusan saya. Saya bukan nak menidakkan jasa ibu bapa membesarkan dan melindungi saya, ketika itu saya pun berada dalam keadaan tertekan, memang kita saling memerlukan.

“Kalau boleh undur waktu saya tak nak membazirkan duit dan masa. Saya habiskan amaun duit yang saya boleh beli rumah hanya untuk turun naik mahk4mah. Setiap kali nak pergi mahk4mah rasa berat kaki. Seandaikan saya ada kebebasan masa itu, saya akan selesaikan tapi malangnya mereka (wartawan) tak boleh terus kepada saya, tak ada nombor untuk tanya, kalau saya ada ruang mesti saya jawab.

duit saman wartawan boleh beli rumah shila amzah menyesal dan mohon maaf sensasi mstar 6236cf0ed8749

Shila tampil membuat permohonan maaf di Melodi.

“Memang keputusan itu bukan keputusan saya! Of course masa muda saya ada emosi… saya tak boleh keluar, tak boleh berkawan dengan sesiapa yang saya nak, saya dikawal rapi,” katanya.

Shila berkongsi luahan hatinya itu menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi pada Ahad.

Ini merupakan satu titik hitam paling bvruk dalam hidup saya, saya harap kita dapat berbaik semula kerana kita tak tahu esok ada lagi tak untuk kita

SHILA AMZAH

PENYANYI

Enggan konflik ini terus berlanjutan, penyanyi lagu Pelukan Angkasa ini turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan media yang tergores hati dengan tindakannya sebelum ini.

“Sekarang ini saya menjalani kehidupan untuk hari ini, kita tak tahu apa akan berlaku esok, saya tak nak berdend4m dengan orang. Kalau boleh sesiapa yang tergores hati perasaan, seandainya bermula dari saya atau orang lain saya mohon maaf.

“Semasa itu pandangan saya tentang kehidupan berbeza, saya harap sangat ini tak berpanjangan, kita semua nak hidup tenang sahaja dan semoga menjadi pengajaran dan iktibar untuk anak seni dan kawan-kawan yang lain.

duit saman wartawan boleh beli rumah shila amzah menyesal dan mohon maaf sensasi mstar 6236cf0fc1089

Shila mahu berbaik semula dengan rakan media.

“Apabila dah ada dalam industri selesaikan dengan cara baik. Saya mohon maaf sangat, tak nak hidup dalam dend4m dan pergi event pun rasa best je.

“Ini merupakan satu titik hitam paling buruk dalam hidup saya, saya harap kita dapat berbaik semula kerana kita tak tahu esok ada lagi tak untuk kita. Kalau tak nak berkawan lagi pun, jauh di hati saya anda dapat memaafkan saya,” ujarnya.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bertentang mata dengan media yang pernah terpalit isu sebelum ini, Shila berharap proses berbaik ini berlaku secara semulajadi.

“Untuk masa sekarang ini saya lebih selesa berlaku secara semulajadi. InsyaAllah! Saya harap lepas ni kita buang yang keruh dan ambil yang jernih, ni pun nak bulan Ramadan dah, mana tahu masa raya nanti saya boleh undang datang ke rumah.

duit saman wartawan boleh beli rumah shila amzah menyesal dan mohon maaf sensasi mstar 6236cf1020a5d 1

Shila bersama bapanya, ND Lala.

“Saya tak mahu hidup dalam penyesalan, tak nak apa-apa berlaku terhadap mereka yang tersinggung benda itu, ia buat hidup saya tak best.

“Saya terkilan apa yang berlaku, kalau boleh pusing masa semula saya tak nak pergi ke mahk4mah. Saya tak boleh bayangkan mereka yang terkesan, saya doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.

Dalam temu bual berkenaan, Shila turut menjawab d4kwaan kononnya hubungan rumah tangga ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman kini sedang berdepan masalah.

“Dia macam separuh pokok bergoyang, memang mereka sedang melalui waktu sukar tapi tidak lagi bersama itu tak betul!

“Selepas 30 tahun berkahwin mereka sedang melalui fasa sukar… saya harap doakan yang terbaik untuk mereka terutamanya ibu saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila Amzah pada tahun 2015 meny4man Kosmo selepas akhbar itu melaporkan penyanyi tersebut membuat persembahan dengan tajaan sebuah syarikat jvdi.

Dalam sam4n itu Shila Amzah kalah dan diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar itu selaku defendan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Previous articleSiti Nordiana Kongsi Perasaan Dapat Mendaki Gua Hira
Next articleIntan Najuwa cuci pinggan pun cantik, sekali benda lain yang jadi bualan netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here