Home Hiburan Siti Nordiana Kongsi Perasaan Dapat Mendaki Gua Hira

Siti Nordiana Kongsi Perasaan Dapat Mendaki Gua Hira

202
0

Semua sedia maklum bahawa sekarang ini Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana telah berada di Mekah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Mendoakan Untuk Mendapat Umrah Mabrur

siti nordiana kongsi perasaan dapat mendaki gua hira 6236a186b1a50
via Instagram Siti Nordiana

Dalam perkongsian sebelum ini, Nana meminta orang ramai mendoakan dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci.

Kongsi Kisah Gua Hira

siti nordiana kongsi perasaan dapat mendaki gua hira 6236a187058f7
via Instagram Siti Nordiana

Terbaru, Nana memuat naik satu gambarnya yg berada di atas Gua Hira yang merupakan tempat dimana Rasullullah SAW menerima wahyu pertama apabila didatangi malaikat Jibrail AS.

Tambahnya lagi, disinilah baginda Rasullullah membaca 5 ayat pertama dalam surah al – Alaq.

Pendakian Yang Menginsafkan

Tulisnya, pendakian tersebut merupakan satu pendakian yang menginsafkan dan terlintas difikirannya bagaimana isteri baginda Siti Khadijah menghantar makanan setiap hari menaiki bukit yang memakan masa 40 minit pendakian itu.

Bagi Nana, kakinya mengigil selepas menaiki Gua Hira dan dapat dilihat Nana kagum dengan ketaatan Siti Khadijah.

Untuk makluman, penyanyi Angkara itu mengerjakan umrah buat kali pertama pada Disember 2017 bersama anak dan bapanya dan ini merupakan umrah keduanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Previous articleSelepas Ditegur Menteri, Kini Giliran Iesya Toh Bersuara Mengenai Isu Babak Panas Zulariffin
Next articleDuit sam4n wartawan boleh beli rumah… Shila Amzah menyesal dan mohon maaf
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here