Home Isu Semasa DSP Didakwa Bunuh Pelajar Mohon Ikat Jamin

DSP Didakwa Bunuh Pelajar Mohon Ikat Jamin

78
0

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 1 Ogos depan untuk pendengaran permohonan jaminan yang dikemukakan oleh seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar tingkatan lima pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh tersebut selepas peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, dan Lim Jin Wen mengemukakan afidavit permohonan bagi pihak anak guam mereka, Mohd Nazri Abdul Razak, 45.

Pada tarikh tersebut, kedua-dua belah pihak perlu memfailkan hujahan sambil menunggu tarikh perbicaraan bagi permohonan jaminan tersebut.

Terdahulu, Loi memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah memfailkan afidavit permohonan tersebut pada 28 Jun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menyatakan bahawa penetapan tarikh tersebut adalah untuk membolehkan kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan, memfailkan hujahan bertulis serta hujahan balas masing-masing sebelum tarikh bicara permohonan jaminan kes bunuh itu ditetapkan kemudian.

“Hari ini, mahkamah beri arahan kepada kedua-dua pihak untuk failkan hujahan dan hujahan balas masing-masing. Maknanya selepas 1 Ogos nanti baru kita tahu bila tarikh mula bicara bagi permohonan jaminan itu…”

Pada 14 Mei lalu, Mohd Nazri, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dengan pangkat Deputi Superintendan (DSP), mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan membunuh terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Bhupindar Singh.

Mahkamah ketika itu turut menetapkan hari ini (1 Julai) sebagai tarikh sebutan untuk kedua-dua pihak menyerahkan afidavit masing-masing.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sebijik Suara Alleycat..” – Nyanyian Lagu Seribu Bintang Raih 1 Juta Tontonan
Next article“Duet Paling Best. Khai Bahar Nyanyi Lagu Apa Pun Best..” – Gandingan Khai Bahar dan Siti Nurhaliza Buat RamaiTergamam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here