Pegawai JPJ hilang RM8,400 ditipu kenalan rakan di aplikas Telegram. Niat seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jlaan (JPJ) menghulurkan bantuan memakan diri sendiri selepas kerugian RM8,400 dipercayai ditiou suspek yang menyamar sebagai kenalan rakannya. Mangsa berusia 39 tahun itu dihubungi suspek melalui aplikasi Telegram, ketika berada di rumahnya di Muadzam Shah, Rompin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof mengatakan suspek meminta mangsa memindahkan sejumlah wang dengan alasan akaun bank miliknya mengalami masalah. Menurutnya, mangsa melakukan lima pemindahan wang ke nombor akaun diberikan oleh suspek.
“Kejadian berlaku apabila menerima pesanan daripada suspek kira-kira jam 2 pagi dan tanpa rasa syak melakukan pemindahan wang seperti diminta”
Baca lagi: Seorang Lelaki Temui Duit Syiling Emas Di Sawah Padi, Tak Sangka Nilainya Hampir RM4 Juta
Baca lagi: Kerajaan mula haramkan berbogel dalam bilik hotel, jika buat akan didenda RM6,649
“Pindahan wang pertama berjumlah RM2,500 dilakukan sekitar jam 2.24 pagi dan selepas itu, mangsa melakukan empat lagi urusan pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM8,400”
“Akhirnya, mangsa dapat menghubungi kakak rakannya dan memaklumkan bahawa akaun Telegram adiknya itu telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab”
Selepas beliau sedari bahawa dirinya telah ditipu, mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Oleh itu, jika ada seseorang yang menghubungi atau menghantar mesej seperti rakan atau keluarga, pastikan korang selidik dahulu atau hubungi nombor mereka yang sebenar dan bertanya ianya benar ataupun tidak untuk mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang