Home Hiburan “Diorang Bercerita Pasal Keledek Pun Berdekah Aku Gelak..” – Jep Dan Mamat...

“Diorang Bercerita Pasal Keledek Pun Berdekah Aku Gelak..” – Jep Dan Mamat Bercerita Kenangan Zaman Susah

295
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video di mana dua pelawak terkenal, Jep dan Mamat sedang membuat live bersama. Dalam live tersebut, mereka bercerita tentang zaman mereka susah dahulu, iaitu sebelum mereka memasuki Maharaja Lawak.

Jep dan Mamat bercerita yang dulu, mereka ada kenal dengan seorang pakcik bernama Pakcik Harun. Pak Harun ini baik dengan mereka, dan selalu memberi makanan kepada mereka.

Pada suatu hari, Pak Harun ada memberi keledek kepada mereka. Namun, motorsikal Mamat tiada bakul. Jadi susah untuknya membawa balik. Dengan selamba, Mamat mengisi keledek itu di dalam bajunya.

Apabila sampai di stesen minyak, Mamat tidak ingat yang dia letak keledek di dalam bajunya. Jadi, semua keledek itu jatuh berterabur. Apa yang membuatkan ramai berdekah ialah, Jep yang nampak keledek itu jatuh, terus naik motor dan meninggalkan Mamat. Ramai yang terhibur dengan perangai Jep yang begitu ‘masuk air’

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@syafiqahshah: jep kwan ngn mamat dlu bru dorg jmpe shuib

@nas.zan: Bwk jela mamat masuk SRL mne Thu rezeki dia pulak

@Dzul_fiq: Dh tba masanya mamat kembali ke sisi jep utk bekarya sma2,aura sepah dlm diri mamat tk kn padam selamanya

@Solihin Che Din: setiap yg berlaku ada hikmah dia.. ni semua ujian.. mamat nmpk x pernah jemu utk merapatkan tali silaturahim dgn jep.. InsyaAllah

@Budax larkin: Masih kekal lgi mamat panggil jeb ngai

@abang cendol jb: Tak lama Lagi ni mamat masuk sepahtu

@moxxxxxxxx: rupanya yg cerita saka rimau tu betul.igtkan dia reka je masa live dgn bdk sepahtu yg hilang

@nor_nuar: mlm ni terhibur dng dia org

@Iza Diza: alah! dah terlepas ke live nye. seronok tengok dorang live sama2

@tengkuroslanlan: mamat ngn jep ni mmg ngam…tak tahu pasal ape…sbb depa mcm adik beradik je dah….lawak mamat ni byk pendam…wey,jep kamu ambil je mamat ni

@Minyak Udang Lekir: Nampak jep gelak ikhlas x mcm slalu tu.. Slalu boleh nampak gelak sebab content.. Kali ni mmg gelak xde bunyi.. Mcm lepak mamak..

@𝗔𝗹𝗹𝗲𝗻𝗸𝗲𝘆.®: Ouh mereka berkawan dari kecik ke , sekampung

Berdekah min tengok diorang ni, dua-dua masuk air. Min harap sangat Mamat boleh masuk Sepahtu Reunion Live, keserasian dia dengan Jep memang terbaikk..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Kalau Macam Ni Sampai Bila Pun Kekal B40”-Mentaliti Budak Flat Buang Sampah Merata
Next articleFarid Kamil Sindir Syamsul Yusof Sebab Pukul Puteri Sarah? Dedah Isterinya Juga Pernah Menjadi Mangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here