Home Viral Dikecam Pakai Baju Sendat, sekali Shila Amzah Merajuk Mahu Berhenti Media Sosial

Dikecam Pakai Baju Sendat, sekali Shila Amzah Merajuk Mahu Berhenti Media Sosial

388
0

Perkongsian penyanyi wanita popular, Shila Amzah di Instagram Stories (IG Story) miliknya itu meraih tumpuan ramai selepas beliau memaklumkan mahu meninggalkan media sosial buat sementara waktu.

Menurut penyanyi wanita tersebut, Shila atau nama sebenarnya Shahila menyifatkan media sosial sebagai platform yang terlalu toksik untuk dirinya.

“Saya akan berhenti bermain media sosial sementara waktu kerana media sosial tempat yang agak toksik untuk saya…” – Shila Amzah

“Jadi saya ‘chow’ sekejap. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik…” – Katanya lagi

shila amzah baju

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat oleh Shila selepas beliau menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen susulan baju yang digayakannya ketika tampil membuat persembahan di Konsert Hausboom Music 2023.

Di konsert tersebut, penyanyi lagu Patah Seribu itu dilihat mengenakan baju kemeja berwarna ‘pink’ dan t-shirt yang berwarna putih di bahagian dalam.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan tersebut kerana menampakkan bentuk perut penyanyi berusia 33 tahun itu.

Lihat klip video di bawah:

@era.je Power la @wearesog & @shahilaamzah ! Tapi crowd pun power weh! Panas terik pun korang tetap layan! 🔥 #sharERA #Huasboom2023 ♬ original sound – ERA

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Menggatal Kalau Nak Hidup Lama..” – Janna Nick ‘Ugut’ Dini Schatzmann
Next article“Tiada Lagi Pengganti Arwah P Ramlee..” – Baby Shima Muatnaik Video Nyanyian Bersama Fairuz Misran Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here