Home Viral Dikecam “Bergelek” Sakan di Konsert HAUSBOOM, sekali Respon Baby Shima Mengejutkan Ramai

Dikecam “Bergelek” Sakan di Konsert HAUSBOOM, sekali Respon Baby Shima Mengejutkan Ramai

911
0

Dikecam gara-gara “bergelek” sakan di Konsert HAUSBOOM Music 2023 pada hujung minggu lalu, penyanyi wanita dangdut, Baby Shima tampil memberikan respon berhubung isu berkenaan.

Baby Shima mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa video-video yang mempamerkan dirinya sedang “bergelek” tersebut tular di media sosial dan dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak. Beliau juga merasakan bahawa gelekan tersebut merupakan aksi biasa bagi persembahan dangdut.

“Apa yang dikongsi di laman sosial hanya potongan video dari pelbagai sudut. Video tular diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan. Kalau lihat secara langsung, gelekan saya tidaklah teruk sangat…” – Baby Shima

“Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus…” – Tambahnya lagi

Rata-rata penonton yang hadir ke konsert tersebut nampak begitu terhibur dan ‘enjoy’ dengan persembahannya. Jelasnya lagi, beliau tidak berniat untuk mencabar mana-mana pihak meskipun apa sahaja yang dilakukannya sering menjadi perhatian warganet.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleKecoh Satu Malaysia Mengenai Kontroversi Anak Pelakon, sekali Pelakon Umie Aida Buka Mulut
Next article“Kalau Melayu Menjual Semua Hukum Hakam Keluar..” – Kieda Hentam Ustaz Azhar Idrus?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here