Penyanyi terkenal wanita Malaysia, Datuk Aishah tampil memperbetulkan persepsi sesetengah warganet yang sering mendakwa golongan artis hanya mengejar populariti dan lagha semata-mata.
Menurut Aishah atau nama lengkapnya Wan
Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, ibadah yang dilakukannya bukan untuk dipamerkan dalam media sosial.
“Alhamdulillah di atas ingatan daripada para-para ‘wali’ yang mengingatkan I untuk mencari ilmu agama, banyakkan ibadah dan lain-lain…” – Aishah
“Mentang-mentang kita artist senior, yang muda tak mati ke? Cuma I nak perbetulkan sedikit persepsi orang-orang di luar sana yang ingatkan kita ni dalam bidang ini lagha semata-mata 24/7. Sebenarnya persepsi itu tidak betul kerana sebagaimana orang lain juga pekerjaan kita mengambil sebahagian dari masa kita setiap hari… – Katanya
Tambah pelantun lagu Camar Yang Pulang ini lagi, biarpun sibuk dengan kerjaya seni, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa.
Malah menyifatkan amal ibadah seseorang itu adalah urusan bersama Tuhan.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.