Home Isu Semasa Dibandingkan Dengan Khairul Aming, sekali Individu Dedah Perangai Youtuber Ammar Nazhan

Dibandingkan Dengan Khairul Aming, sekali Individu Dedah Perangai Youtuber Ammar Nazhan

628
0

Tular kisah tentang Youtuber Ammar Nazhan yang mahu mencari dan memfailkan saman terhadap jirannya yang dikatakan mereka cerita tentang dia dan rakan-rakan.

Ammar atau dikenali sebagai Am dalam kalangan pengikutnya turut mendakwa jirannya membayar media untuk menjatuhkan reputasinya.

Dalam pada itu, Ammar turut dibandingkan dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming daripada segi menghadapi konflik sebegini.

Menerusi Facebook, Khairul Aming dipuji kerana tidak menggelabah sebaliknya melalui kontroversi dengan tenang malah merendahkan diri meminta maaf.

Seperti yang diketahui, pemilik SambalNyet itu pernah dilanda kontroversi berpunca daripada bekas pembantu peribadinya dan dia kemudian memohon maaf dan membetulkan keadaan.

“Bab influencer ni, contohilah Khairul Aming. Dia juga tak lepas dengan ujian kontroversi. Apa dia buat? Melantun acah acah gertak nak saman? Tidak. Dia minta maaf, betulkan keadaan. Apa jadi? Orang makin respek dan kagum…” – Mohd Fadli Salleh

Hantaran itu mendapat perhatian dan ramai bersetuju dengan pendapat tersebut dengan mengatakan Khairul Aming memang layak mendapat penghormatan sebegitu.

Sesetengah individu berkata anak jati Kelantan itu berjaya sehingga ke tahap ini kerana memiliki pendidikan, adab serta akhlak yang baik.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleOtai Masih Berbisa, Suara Mirip Arwah A Ramlie..Nyanyian Pakcik Suhaimi Raih Perhatian Ramai
Next articleBertukar Menjadi Sesi Bertikam Lidah, sekali Pihak Mahkamah Dedah Hal Terjadi Dengan Pihak Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here