Home Isu Semasa Bertukar Menjadi Sesi Bertikam Lidah, sekali Pihak Mahkamah Dedah Hal Terjadi Dengan...

Bertukar Menjadi Sesi Bertikam Lidah, sekali Pihak Mahkamah Dedah Hal Terjadi Dengan Pihak Ebit Lew

352
0

Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini bertukar menjadi pertikaman lidah ketika pemeriksaan utama bagi saksi kelapan dilakukan.

Menurut laporan, ia berlaku apabila pendakwaan mahu mengambil keterangan saksi berkenaan, Inspektor Yip Chang Ching, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang laporan LGMS.

mahkamah

Pihak pembelaan membantah pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai kemungkinan untuk membuat pemeriksaan utama laporan tersebut.

mahkamah 1

Peguam yang mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah pihak pembelaan berpandangan segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.

“Berikan kami tempoh untuk kaji DVD-R dan pemacu kilat dan segala yang berkaitan dengan IDD-2 kerana sumber membabitkan semua barang kes berkenaan diperoleh daripada LGMS…” – Pihak Mahkamah

LGMS adalah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional yang menganalisi data digital. Pihak pembelaan turut berkata pertanyaan oleh pihak pendakwaan itu patut dikemukakan pada perbicaraan berikutnya.

Tambahnya, laporan siasatan forensik digital (IDD-2) yang disediakan pakar daripada LGMS dan orang yang terbaik untuk menjelaskan tentang laporan tersebut adalah syarikat itu sendiri, bukannya saksi kelapan.

Difahamkan, saksi kelapan bukanlah orang yang mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM jadi menurut mereka tiada keperluan saksi kelapan memberikan keterangan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian memutuskan perbicaraan tidak akan diteruskan dengan saksi kelapan sehingga masa yang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan untuk mengkaji kandungan pemacu kilat.

Sumber: Utusan

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDibandingkan Dengan Khairul Aming, sekali Individu Dedah Perangai Youtuber Ammar Nazhan
Next article“Ketika Nak Landing Dia Bagi Business Card..” – Fazeera Kongsi Cara Fizo Omar ‘Mengorat’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here