Penjelasan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengenai kejadian mereka ditangkap kerana khalwat pada 9 Mac yang lepas memperoleh pelbagai respons dari netizen.
Banyak yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan penjelasan yang diberikan, malah beberapa perkara yang dianggap tidak masuk akal dipertikaikan. Kenyataan yang dibuat oleh Aliff dan Ruhainies di Instagram juga menarik perhatian pelakon Eyra Hazali, yang juga merasa pelik dengan kejadian tersebut.
Eyra juga mempersoalkan keberadaan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan berkonvoi dengannya dari lokasi penggambaran ke kondominium tersebut. Pelakon itu juga bertanya sama ada Aliff juga turut berasa takut untuk membuka pintu apabila Ruhainies mendengar suara lelaki ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Jadi PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy (Aliff) pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?” soalnya.
Aktres itu juga mempertikaikan mengapa Ruhainies tidak mengajak isteri Aliff iaitu Bella Astillah untuk makan malam bersama, memandangkan aktres tersebut merupakan kawan baiknya.
Lihat Posting di bawah:
So PA pergi mana ? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy pun risau keselamatan ke taknak buka pintu ? Tak ajak wife or so called bestfriend sekali ke makan2 ? Mana minta maaf pada the wife ? Kesimpulannya,kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan 😄 https://t.co/e40vOD7ZWj
— EH (@EyraHazali21) March 14, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.