Home Viral “Depan Makam Rasulullah Ni Aku Akan Pastikan Kau Mampos…” – Ustazah Asma’...

“Depan Makam Rasulullah Ni Aku Akan Pastikan Kau Mampos…” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Dialog Melampau TV3

384
0

Melalui sesi TikTok live yang dijalankan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini menarik perhatian selepas dia mengutarakan kekecewaannya terhadap babak dalam drama terkini yang disiarkan di TV3.

Ustazah Asma merasakan dialog yang diberikan oleh pelakon dalam babak tersebut terlalu ekstrem, terutama jika ia dilakukan di Tanah Suci Mekah.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pihak produksi drama tersebut dapat menyetujui skrip yang digunakan dalam drama tersebut.

“Depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau, kalau Rayyan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!..”

Secara tegas, pendakwah tersebut menyatakan bahawa pelakon serta pihak produksi tidak patut dan tidak wajar menggunakan ayat tersebut sebagai dialog dalam drama.

Kerana menganggapnya terlalu berlebihan, Ustazah Asma meluangkan masa untuk melihat babak tersebut berkali-kali, dan dia terkejut sehingga tangannya menggeletar kerana tidak menyangka bahawa dialog sebegitu akan diucapkan dalam sesebuah drama.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: X, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Dengar Cakap Haters, Mereka Semua Takkan Suka Kau..” – Ramli MS Nasihat Aina Abdul
Next article“Persembahan Naqiu Paling Best, Tapi Pelik Kenapa Tak Dapat Nombor Satu..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here