Melalui sesi TikTok live yang dijalankan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini menarik perhatian selepas dia mengutarakan kekecewaannya terhadap babak dalam drama terkini yang disiarkan di TV3.
Ustazah Asma merasakan dialog yang diberikan oleh pelakon dalam babak tersebut terlalu ekstrem, terutama jika ia dilakukan di Tanah Suci Mekah.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pihak produksi drama tersebut dapat menyetujui skrip yang digunakan dalam drama tersebut.
“Depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau, kalau Rayyan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!..”
Secara tegas, pendakwah tersebut menyatakan bahawa pelakon serta pihak produksi tidak patut dan tidak wajar menggunakan ayat tersebut sebagai dialog dalam drama.
Kerana menganggapnya terlalu berlebihan, Ustazah Asma meluangkan masa untuk melihat babak tersebut berkali-kali, dan dia terkejut sehingga tangannya menggeletar kerana tidak menyangka bahawa dialog sebegitu akan diucapkan dalam sesebuah drama.
Lihat klip video di bawah:
Rasanya tak boleh kan ‘skrip’ macam ni? Even hanya lakonan dan tak berniat tetap tak boleh kan? Mohon pencerahan. pic.twitter.com/QoprzTrH1m
— AL (@ciraplaici) October 30, 2023
Sumber: X, Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.