Home Dunia Dah Terlalu Kaya Sampai Buang Duit Tepi Jalan?

Dah Terlalu Kaya Sampai Buang Duit Tepi Jalan?

251
0

Fenomena ini berlaku di Negara Venezuela disebabkan Inflasi yang terlampau tinggi. Bukan kaya, namun duitnya sudah tidak bernilai lagi. Hinggakan beras 10kg bernilai RM187, susu sekotak RM400.

Buat pengetahuan anda, Venezuala merupakan negara yang mempunyai paling banyak sumber minyak di dunia. Disebabkan mereka mempunyai minyak yang banyak, sudah tentu mereka merupakan antara negara yang terkaya suatu ketika dahulu.

Namun, ia tidak bertahan lama kerana mereka terlampau selesa dengan kekayaan mereka. Mereka tidak mempelbagaikan sumber ekonomi dari sektor yang berlainan. Jadi apabila harga minyak jatuh, ekonomi mereka terus jatuh merundum. Ekonomi mereka benar-benar jatuh sehingga mereka susah untuk mendapatkan makanan.

Kerana kesempitan, rakyat sudah mula memberontak terhadap kerajaan. Solusi kerajaan pada waktu itu agak tidak bijak. Mereka mengambil keputusan untuk mencetak lebih banyak duit kertas. Disebabkan duit yang terlampau banyak, duit sudah sampai tiada nilai di pasaran.

Duit sudah tiada nilai sehinggakan rakyat membuang duit di merata tempat. Ada yang buang di tong sampah malah ada juga yang membuang di tepi jalan. Bahkan ada yang membuat kraftangan menggunakan duit tersebut.

kraftangan

Inflasi negara tersebut telah mencecah 3646%. Presiden negara mereka yang merupakan diktator menyukarkan lagi keadaan. Sesiapa yang melawan akan masuk penjara. Malah pemberian bantuan makanan pun diberi kepada pengundi parti kerajaan sahaja.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@maxforce2006:Tak lah. Yang sebabkan Venezuela teruk sebab USA buat sekatan ekonomi dan merampas aset2 minyak.

@nextnext.next:malaysia pernah jd masa zaman jepun dulu..duit pokok pisang yg dicetak terlampau byk..

@mr.taurus015:kita akan smpai pada zaman itu…dah bersediakah kite..

@Cik Hajar:Sbb tu bank negara naikkan OPR.

@M∆LMO:Diorang hidup mcm biasa je, skarang diorang pkai dollar, tak pakai bolivar sngat dah

@Yusri:kalau negara jadi mcm tu ekonomi jatuh teruk duit dah tak ada nilai dah, msa tu nya nk mkn dan minum je

@alujinx:jadi kesimpulan nya tanam padi dan ternak lembu untuk mengelak perkara ini berlaku kepada diri sendiri

@Richerdd Tan:sebab tu penting nya OPR negara … memang susah nak bayar balik pinjaman tapi untuk kebaikkan negara juga ,jadi kena lah bijak rancang kewangan

@miemo🐒:hati2 mencetak wang terlalu banyak bagi kesan pada negara,bila duit terlalu banyak dan sumber negara jadi berkurang lalu terjadi la inflasi

Kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengambil iktibar daripada perkara ini. Pihak kerajaan khususnya wajib mentadbir kerajaan dengan baik. Jangan biarkan nasi sudah menjadi bubur baru hendak menyesal…

Sumber Tiktok Wardahalia_storytelling

Previous article“Yang, Panggil Ustaz, Periuk Nasi Bergerak”- Reaksi Suami Hiburkan Netizen
Next articleAnak Murid Beli Botol Air Starbucks Utk Cikgu, Skli Cikgu Terkedu Dngr Harga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here