Home Viral “Cuci Otak” Isteri Pertama Abang Tesla, sekali Ayat Isteri Caprice Mengejutkan Ramai

“Cuci Otak” Isteri Pertama Abang Tesla, sekali Ayat Isteri Caprice Mengejutkan Ramai

421
0

Baru-baru ini, pempengaruh yang sinonim dengan konten kereta yang dikenali sebagai Abang Tesla telah diundang menjadi tetamu dalam sebuah program poadcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice.

Difahamkan, topik yang dibahaskan dalam poadcast tersebut adalah mengenai isu poligami. Ia susulan kontroversi yang dicetuskan Abang Tesla selepas mengumumkan dirinya telah berkahwin sekali lagi.

Turut sama dalam poadcast tersebut ialah isteri kepada Caprice iaitu Farra Inalis, isteri pertama kepada Abang Tesla, Nurmajdina Jamari serta seorang tetamu berpengaruh yang dikenali sebagai Datuk Nazri Husin.

Di akhir perbahasan, Farra Inalis atau mesra dengan sapaan Elis membuat kesimpulan dengan menyatakan hidup merupakan pilihan.

Jelas Elis, setiap keputusan yang dilakukan dalam hidup adalah pilihan individu itu sendiri bagi menentukan masa depan mereka.

Apa-apa pun dalam hidup ini semuanya bergantung pada pilihan juga.

Abang Tesla ada pilihan untuk berkahwin dua. Wanita juga ada pilihan untuk hidup dengan lelaki itu, mahu stay atau chaw (pergi).

Itu adalah pilihan, itu lah perkara asas dalam hidup ini.

Dalam masa sama, Elis berpendapat sekiranya seseorang wanita itu tidak rela dimadukan, ia juga berhak untuk memilih sama ada mahu kekal bersama suami atau sebaliknya.

Allah itu Maha Adil, Allah beri manusia akal untuk fikir, nak kekal atau nak pergi itu adalah takdir hidup yang perlu manusia pilih.

Jadi, jika lelaki memilih nak berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu stay ataupun ada wanita yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu.

Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing.

Potongan podcast tersebut telah dirakam dan dikongsikan semula oleh pengguna media sosial di laman TikTok sekali gus menuai pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-rata wargamaya terutama golongan wanita menyokong pandangan yang diutarakan Elis.

Malah, wargamaya dapat merasakan pandangan yang dikemukan Elis itu seakan ditujukan kepada Nurmajdina untuk memberi kesedaran kepadanya.

Lihat klip video di bawah:

@nabilasyahmi isu hangat 🥹🥹🥹🔥 #abgtesla #caprice ♬ suara asli – Musiceveryday – 𝙈𝙐𝙎𝙄𝘾𝙀𝙑𝙀𝙍𝙔𝘿𝘼𝙔22

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleAnak Dimarah Bersolek dan ‘Ditonyoh’ Muka Oleh Cikgu Untuk Hari Kemerdekaan, sekali Tindakan Bapa Ini Mengejutkan Ramai
Next article“Sunnah Nabi Yang Lain Kau Taknak Buat, Poligami Jugak Paling Kau Nak Buat..” – Isteri Caprice ‘Basuh’ Abg Tesla

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here