Kemalangan yang tidak diingini seringkali terjadi atas kesalahan dan sikap tidak bertanggungjawab orang lain. Lebih menyakitkan, apabila mereka yang sengaja mendatangkan masalah itu dengan selambanya tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut.
Baca juga : “Dicuri Atau Dikhianat?” -Cable Kereta Api Dipotong Dgn Parang
Baca juga : Hanya Kerana Terlupa Kunci Kereta, Dirompak Sewaktu Tidur Dalam Kereta
Ada dimuat naik video Tiktok oleh salah seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa setelah cermin kereta nya rosak kerana dibaling ais batu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Lihat video di bawah :
@nnisa.kaya Report polis & report to management telah dibuat. Namum kami amat terkilan dengan cara pihak Pengurusan Residensi ni yang tak nak ambil tahu langsung tentang kes ni. (Harap lepasni kereta dia pulak kena. Baru dia rasa). Yang membaling tu kami doakan semoga mendapat balasan setimpal #fyp #residensikepongmas #masukberanda
Difahamkan bahawa kereta miliknya yang diletakkan di depan kondominium itu cermin nya rosak akibat tangan yang tidak bertanggungjawab.
“Duduk rumah tinggi tu, tolonglah jaga sikap. Tukar mentaliti. Jangan aniaya dan menyusahkan orang macam ni”
Wanita tersebut sudah pun membuat laporan polis dan membuat laporan kepada pihak pengurusan, namun terkilan dengan pihak pengurusan yang tidak mahu ambil tindakan.
Lihat apa kata warganet :
Semoag wanita tersebut diberik keadilan dan perkara sebegini tidak akan terulang lagi hendaknya.
Sumber : Tiktok