Seorang pengguna berkongsikan cara jadikan kipas dingin macam guna aircond, seperti yang kita tahu tidak semua orang mampu untuk belikan aircond tambah pula dengan cuaca panas.
Cara dapatkan udara dingin seperti aircon tapi melalui penggunaan kipas. Nak kata betul-betul sejuk memang tipulah kan, tetapi boleh sahaja bagi jadi suasana kecil seperti dalam bilik terasa dingin dan nyaman.
Baca lagi: Pemuda Ini Tunjuk Cara Masak Maggi Dlm Penjara
Baca lagi: Cara dapat duit percuma TNG E-Wallet
Bahan asas hanyalah menggunakan dua botol kosong dan pisau:
Potong bahagian bawah botol dan jangan sampai terputus, sekadar macam lubang pintu:
Buat lubang pada botol, guna paku yang panas pun mudah:
Guna dawai, ikat botol pada belakang kipas:
Hasil setelah ikat pada belakang kipas:
Masukkan ketul ais separuh penuh dalam botol:
Kalau ais sudah cair, boleh keluarkan seperti ini:
Cara ini boleh bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam sejuk. Anda boleh cuba sendiri di rumah, sesuai sangat dengan cuaca dalam negara yang panas lebih-lebih lagi selepas waktu tengahari atau petang. Selamat mencuba!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA