Home Hiburan “Cantik, kreatif pulak tu..” Dibina Gna Pokok Berusia 300 Tahun, Reka Bentuk...

“Cantik, kreatif pulak tu..” Dibina Gna Pokok Berusia 300 Tahun, Reka Bentuk Surau Di Terengganu Ini Curi Perhatian.

273
0

Cantik dan unik, itulah yang dapat digambarkan melihat senibina surau Langgar Rindu. Surau terletak di Kampung Rhu Tapai, Terengganu ini boleh dikunjungi para pelawat tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, struktur surau ini tampil unik kerana menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal berusia lebih 300 tahun. Abdul Karim Embong, pemilik rumah ibadah itu telah membinanya dengan keringat tulang empat keratnya dan ilham rekaan surau tercetus secara spontan tanpa pelan lakaran.

126119882_3732472110130286_7062578812565996302_o

Sumber: Ateh Sembang

126835004_3732472520130245_9031702415234077511_o
Sumber: Ateh Sembang

126836201_3732472343463596_8191851216595686382_o

Sumber: Ateh Sembang

Dapat dilihat struktur binaannya menggunakan kayu membawa ‘vibes’ klasik kepada pengunjung. Walaupun surau ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan dana tetapi sudah ramai yang mengunjunginya ketika bermusafir.

Tulisan jawi di surau ini turut diukir dan ditulis sendiri oleh Abdul Karim Embong tanpa menggunakan sebarang lakaran. Kreatif sungguh!

125464910_3732472330130264_2268852259103364866_o
Sumber: Ateh Sembang

126029060_3732472236796940_7640004435054728864_o
Sumber: Ateh Sembang

125940500_3732472310130266_4184673524827654208_o
Sumber: Ateh Sembang

Tahukah anda bahawa nama surau ini lain dari kebiasaan kerana menggunakan perkataan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean.

Abdul Karim memilih menamakan surau ini sebagai langgar yang bermaksud surau dan rindu sebagai simbolik kerinduan beribadah kepada Allah SWT seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW.

Adakah anda pernah singgah ke Langgar Rindu ini? Buat anda yang belum berkunjung ke sini, mungkin selepas penularan wa.bak C.O.V.I.D-19 boleh singgah sebentar beribadah di sini.


Sumber: V

Previous article“Hati manusia tak boleh dipaksa2” Vida dedah Shuib ada ciri lelaki idamannya?
Next article“12 Tahun Yang Sangat Bermakna,”- Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac Zaky Kongsi Cerita Saat Susah Senang
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here