Baru-baru ini tular satu video di tiktok @positivi.jim di mana pemilik video telah membuat RM 50 Maggi Challenge di mana dia telah memesan mee goreng yang berharga Rm 50 di sebuah kedai yang terletak di Penang. Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan setakat ini video tersebut telah mencecah 2.2 juta tontonan di media sosial dengan 157 ribu sukaan.
Menerusi video tersebut dapat dilihat tukang masak menyahut cabaran tersebut dan menunjukkan proses memasak makanan tersebut. Di akhir vieo dapat dilihat hasil makanan tersebut yang berharga sebanyak RM 50. Rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing berkaitan dengan situasi tersebut di mana ada yang kata mahal dan ada juga yang kata berbaloi.
“tak baloi 50 ringgit but okayla nampak sedap”
“untung la mamak..kos bahan masakan hanya 20 ringgit..dpt untung bersih 30 hengget”
“kira murah la tu. portion utk 5 org. so kalu utk 1 portion rm10 je dpt mcm²”
“berbaloi la kalau kira 1 maggie rm 10… so ade 5 maggie kat situ”
“ok sangat tu murah la…. puas mkn 1 family”
Baca juga : “Dia Tak Takut Buasir Ke Makan Pedas2”-Telatah Monyet Makan Maggi Pedas Tarik Perhatian
Baca juga : Pemuda Ini Tunjuk Cara Masak Maggi Dlm Penjara
Kedai makan tersebut merupakan kedai Abu dan cukup terkenal di dalam kalangan netizen.
“Abu…the legendary…tp port lama gak da best…”
“Abu ni mmg top dr dluuuu..Surrrrr”
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Mohamed Shariff & Zarina Jane : maggi jgn makan byk2 sangat
@kedaiShopU : lain macam challenge ni bosku
@CoCo Crusher : tak muntah ke mkn byk tu?
@Abang Jambang : Bang jangan di review time puasa plak
@Eyka : muka bang macam CZ Binance
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok dan Instagram