Home Hiburan “Bila Saya Buka Hadiah Ni Tak Tahulah Kenapa Rasa Sensitif..” – Peminat...

“Bila Saya Buka Hadiah Ni Tak Tahulah Kenapa Rasa Sensitif..” – Peminat Cilik Buat Daiyan Trisha Menangis

99
0

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa terharu selepas menerima hadiah istimewa daripada seorang peminat cilik.

“Saya selalu dapat hadiah daripada peminat saya, Alhamdulillah saya sangat hargai. Tapi hari ini saya nak kongsikan, saya ada dapat hadiah daripada seorang kanak-kanak perempuan yang saya rasa berusia 11 atau 12 tahun..”

Aktres berusia 30 tahun itu kemudian membuka kotak hadiah berkenaan yang mengandungi barang kanak-kanak antaranya kotak pensil, gula-gula, pelekat dan pen.

Hadiah tersebut sangat istimewa pada Daiyan kerana ia merupakan barangan kegemaran kanak-kanak berkenaan.

@daiyantrisha22i’m now banning 10 year-olds from giving their things to me cos it will ruin my life ps thanks aisyah kak daiyan loves you x

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

“Bila saya buka hadiah ni tak tahulah kenapa rasa sensitif sikit. Saya rasa tersentuh kerana semua ini adalah barang kegemaran dia. Barang-barang ini bukan untuk orang dewasa tapi benda yang dia suka dia bagi dekat saya..”

“Terima kasih Aisyah, saya harap awak akan terima lebih banyak rezeki dan duit raya. Terima kasih kerana suka dekat saya. Terima kasih untuk hadiah ini, saya suka sangat. I love you..”

Previous article“Dah Tiba Masa Kita Ajar Dia…” – Amin Idris Saran Boikot Aliff Syukri
Next article“Saya Macam Berfikir Apa Salah Anak Saya?…” – Ernie Zakri Kecewa Anak Mendapat Komen Negatif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here